AUDIT EKSA BIL. 1/2021 ZON DALBERGIA IPG KAMPUS IPOH
Bengkel Pemprograman Visual untuk Revolusi Industri IR 4.0
Pada 26 dan 27 Oktober 2021 telah berlangsung Bengkel Pemprograman Visual untuk Revolusi Industri IR 4.0 untuk staf sokongan dan pensyarah JTPM. Kursus ini telah dihadiri oleh 10 orang staf sokongan dan 11 orang warga JTPM mengikut SOP yang telah ditetapkan di Bilik Bestari. Kursus ini menyokong Pelan Strategik IPG Kampus Ipoh bagi Tema Strategik 1 iaitu Kurikulum Berorientasikan Masa Depan dan Holistik. Para peserta bukan sahaja dapat mempraktikkan kemahiran asas robotik menggunakan perisian pemprograman visual yang mudah tetapi juga menggalakkan para peserta untuk menyertai program yang merangsang pemikiran kreatif dan melahirkan warga IPG yang berinovasi. Berkat usaha dua penceramah jemputan iaitu En. Wilson Ling dan En. Kenneth Kang dari Intelek EDU Solution berjaya membimbing para peserta menghasilkan coding dan membina robot dengan Rero:Micro dan Lego Mindstorm. Saksikan sketsa video sepanjang bengkel https://youtu.be/TfHDdg-7HO4
Kursus Penggunaan Aplikasi Dalam Penghasilan Bahan Grafik Dan Multimedia
1. Muhammad Muhibbudin Amin bin Darus Amin https://youtu.be/VMKHOJNye4Q
2. Norbiha bt Jahya https://youtu.be/rj7Ja77nhfo
3. Muhd Khairul Asraf bin Abd Jalil
https://youtu.be/tps-FyHan7s
MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN SHOWCASE EDUP3053/3053i TEKNOLOGI UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN UNIT V SEMESTER 3, AMBILAN JUN 2020
13 September 2021 (Isnin), Majlis
perasmian penutupan showcase kursus EDUP3053/3053i telah disempurnakan oleh
Tuan Timbalan Pengarah IPG Kampus Ipoh En. Mohd Khadri bin Fazil Rahman. Semua
pelajar Unit V ambilan jun 2020 telah terlibat dalam pembentangan hasil kerja
kursus mereka secara sesi selari bermula 6-10 september 2021. Pelaksanaan Showcase
secara dalam talian ini dapat memberi peluang kepada pelajar untuk mendalami penggunaan teknologi dalam pedagogi
masa kini. Seterusnya perlaksanaan showcase ini juga bertujuan untuk
mendedahkan hasil kerja siswa guru dalam menghasilkan bahan bantu mengajar yang
selari dengan tuntutan pendidikan abad ke – 21. Justeru itu showcase ini dapat
menjadi satu platform bagi meningkatkan lagi martabat pendidikan seterusnya
dapat memupuk minat para siswa guru untuk sentiasa memperkembangkan idea dan
kaedah pengajaran yang terbaik. Melalui showcase
ini juga, diharapkan agar kreativiti siswa guru dapat dikembangkan demi melahirkan
guru yang kompeten dan berdaya saing serta
dapat membina Model Guru Kalis Masa Depan. Tahniah diucapkan kepada semua pensyarah
JTPM, jawatankuasa pelaksana dan pelajar Unit V ambilan jun 2020 kerana telah
berjaya di dalam showcase ini.
WEBINAR CYBER SECURITY
9 September 2021. Webinar dan Bengkel Bersama Ke Arah Keselamatan Siber Untuk Organisasi dan Diri telah berlangsung pada 9 September 2021 dengan sesi webinar pada sebelah pagi dan bengkel pada sebelah petang. Kursus telah dirasmikan oleh En. Mohd Khadri Bin Fazil Rahman, Timbalan Pengarah IPGKI. Seramai 43 orang staf sokongan terpilih untuk menyertai kursus ini. Objektif kursus untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan oleh staf sokongan dan warga IPG tentang ancaman-ancaman dan amalan-amalan terbaik untuk kekal selamat semasa menggunakan teknologi. Kursus ini menyokong Tema 5 Pelan Strategik IPGKI 2021-2025 iaitu Perkongsian Pintar. Penceramah kursus En. Jazannul Azriq Bin Aripin, Eksekutif Kanan dari Outreach dan Komunikasi Korporat, CyberSAFE telah berkongsi banyak info dan amalan terbaik dalam menangani pelbagai ancaman siber pada hari ini. Majlis penutupan disempurnakan oleh En. Ridza Ahmad Nizam b. Abd Raof, Penolong Ketua Jabatan, Jabatan Teknologi Pendidikan dan Multimedia. Pertandingan kuiz telah dimenangi oleh Pn. Salina bt Mokhtaram, Pn. Rohayah bt. Zaidan dan Pn. Saniyah bt. Salleh @ Man. Slogan terbaik dimenangi oleh Pn. Sabariah bt. Khairuddin dengan slogan “Cakna Siber Cakna Teknologi Anda Selamat”. Saksikan semula rakaman video webinar di Youtube https://www.youtube.com/watch?v=6trdnmcPrcQ
MESYUARAT JABATAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN MULTIMEDIA BIL 4/2021
Kenaikan Pangkat Sebagai Pensyarah Kanan Gred DG54
30 April 2021 - Seluruh warga IPG Kampus Ipoh dan JTPM khasnya mengucapkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada En. Ridza Ahmad Nizam b. Abd Raof Penolong Ketua Jabatan Teknologi Pendidikan Dan Multimedia di atas penerimaan surat kenaikan pangkat sebagai Pensyarah Kanan Gred DG54.Tahniah Tuan.
Majlis Penutupan Pemeriksa Luar Program PDPP Sains Komputer dan Rangkaian IPG Kampus Ipoh
22 April 2021 - Majlis penutupan pemeriksa luar program PDPP Sains Komputer dan Rangkaian IPG Kampus Ipoh telah dijalankan dengan jayanya di bilik Mesyuarat Dahlia IPG Kampus Ipoh. Majlis ini dipengerusikan oleh En Mohd Khadri Bin Fazil Rahman Timbalah Pengarah IPG Kampus Ipoh. Turut hadir dalam majlis ini ialah pemeriksa luar Prof Madya Dr Noraffandy bin Yahya (UTM) pemeriksa dalam En Janom Bin Saadun (IPGKPT), Ketua Jabatan JTPM dan semua wakil IPG Kampus Ipoh yang terlibat.. Tahniah kepada semua
Majlis Pembukaan Pemeriksaan Oleh Pemeriksa Luar Dalam Talian (EEVE) Program PDPP Sains Komputer Dan Rangkaian
Mesyuarat Pasukan Pembina Modul Komuniti Digital Learning (IPGM/UNICEF)
Mesyuarat Pasukan Studio Digital IPG Kampus Ipoh.
Mesyuarat EEVE Pemilik Program Tier 1 PDPP SKR
Latihan Perkembangan Staf Siri 1/2021
17 - 18 Mac 2021 - Latihan Perkembangan Staf Siri 1/2021 telah dijalankan dalam kalangan staf bukan akademik IPG Kampus Ipoh. Peserta LPS didedahkan kepada penggunaan aplikasi MS Excel dalam tugas pengurusan dan pentadbiran. Tahniah diucapkan kepada peserta LPS dan fasilitator yang terlibat dalam LPS ini.
Bengkel Penghasilan Video Pendidikan Menggunakan Perisian SHORTCUT
15 Mac 2021 - Bengkel penghasilan Video Pendidikan menggunakan perisian percuma Shortcut telah dijalankan dengan jaya . Bengkel ini melibatkan usahasama antara IPGM Cyberjaya dan UKM Bangi secara dalam talian. Setiap IPG kampus terlibat dalam bengkel manakaa IPG Kampus Ipoh dihadiri oleh pensyarah JTPM . Tahniah kepada semua pensyarah yang terlibat dalam bengkel tersebut
Mesyuarat Perlaksanaan EKSA Peringkat JTPM
Kenaikan Pangkat Pensyarah Kanan Gred DG54
Bengkel KPPB IPGKTAA Kuala Lipis & IPGKDRI Kuala Terengganu
2 Mac 2021 - Tahniah diucapkan kepada Dr Abdul Hadi b. Mat Dawi pensyarah Cemerlang Gred Khas C, JTPM, kerana telah berjaya menyampaikan bengkel Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna - KPPB bersama warga IPGKTAA Kuala Lipis, Pahang & IPGKDRI Kuala Terengganu, Terengganu.
Moderasi PBS kumpulan PDPP SKR
Penyeliaan Berkesan Pasca Siswazah
Proseding Proceeding International Conference on Culture, Language and Literature (IC2LC)
Mesyuarat siri 2/2021 JTPM
8 Februari 2021 (Isnin) - Mesyuarat siri 2/2021 JTPM telah
diadakan pada 8.2.2021. Mesyuarat dijalankan secara dalam talian dengan
menggunakan Google Meet dan telah dipengerusikan oleh ketua jabatan JTPM.
Agenda mesyuarat dimulakan dengan ucapan aluan pengerusi, makluman mesyuarat MPPP,
membentang dan mengesahkan minit mesyuarat, perkara berbangkit, pengurusan
akademik, latihan dan pembangunan staf dan hal-hal lain.
Mesyuarat siri 1/2021 JTPM
18 Januari 2021 (Isnin) - Mesyuarat siri 1/2021
JTPM telah diadakan pada 18.1.2021 . Mesyuarat telah dipengerusikan oleh ketua
jabatan JTPM. Pelbagai perkongsian telah disampaikan oleh ketua jabatan JTPM
termasuk perancangan jabatan bagi tahun 2021, hasil mesyuarat M3P dan
perkongsian dari pensyarah JTPM
Program menanam pokok buah-buahan
Perlantikan sebagai Ahli Senat IPGM 2021/2022
Seluruh ahli Jabatan Teknologi
Pendidikan dan Multimedia mengucapkan setinggi tahniah kepada Dr
Abdul Hadi Mat Dawi atas perlantikan sebagai Ahli Senat IPGM bagi tempoh
2021/2022. Semoga dengan perlantikan tersebut akan dapat menyumbangkan ke arah
IPGM cemerlang.