WEBINAR CYBER SECURITY

 

9 September 2021. Webinar dan Bengkel Bersama Ke Arah Keselamatan Siber Untuk Organisasi dan Diri telah berlangsung pada 9 September 2021 dengan sesi webinar pada sebelah pagi dan bengkel pada sebelah petang. Kursus telah dirasmikan oleh En. Mohd Khadri Bin Fazil Rahman, Timbalan Pengarah IPGKI. Seramai 43 orang staf sokongan terpilih untuk menyertai kursus ini. Objektif kursus untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan oleh staf sokongan dan warga IPG tentang ancaman-ancaman dan amalan-amalan terbaik untuk kekal selamat semasa menggunakan teknologi. Kursus ini menyokong Tema 5 Pelan Strategik IPGKI 2021-2025 iaitu Perkongsian Pintar. Penceramah kursus En. Jazannul Azriq Bin Aripin, Eksekutif Kanan dari Outreach dan Komunikasi Korporat, CyberSAFE telah berkongsi banyak info dan amalan terbaik dalam menangani pelbagai ancaman siber pada hari ini. Majlis penutupan disempurnakan oleh En. Ridza Ahmad Nizam b. Abd Raof, Penolong Ketua Jabatan, Jabatan Teknologi Pendidikan dan Multimedia. Pertandingan kuiz telah dimenangi oleh Pn. Salina bt Mokhtaram, Pn. Rohayah bt. Zaidan dan Pn. Saniyah bt. Salleh @ Man. Slogan terbaik dimenangi oleh Pn. Sabariah bt. Khairuddin dengan slogan “Cakna Siber Cakna Teknologi Anda Selamat”. Saksikan semula rakaman video webinar di Youtube   https://www.youtube.com/watch?v=6trdnmcPrcQ






Kongsi:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Daftar

https://www.blogger.com/u/0/blog/layout/4748373973034833137?pli=1