Pada 26 dan 27 Oktober 2021 telah berlangsung Bengkel Pemprograman Visual untuk Revolusi Industri IR 4.0 untuk staf sokongan dan pensyarah JTPM. Kursus ini telah dihadiri oleh 10 orang staf sokongan dan 11 orang warga JTPM mengikut SOP yang telah ditetapkan di Bilik Bestari. Kursus ini menyokong Pelan Strategik IPG Kampus Ipoh bagi Tema Strategik 1 iaitu Kurikulum Berorientasikan Masa Depan dan Holistik. Para peserta bukan sahaja dapat mempraktikkan kemahiran asas robotik menggunakan perisian pemprograman visual yang mudah tetapi juga menggalakkan para peserta untuk menyertai program yang merangsang pemikiran kreatif dan melahirkan warga IPG yang berinovasi. Berkat usaha dua penceramah jemputan iaitu En. Wilson Ling dan En. Kenneth Kang dari Intelek EDU Solution berjaya membimbing para peserta menghasilkan coding dan membina robot dengan Rero:Micro dan Lego Mindstorm. Saksikan sketsa video sepanjang bengkel https://youtu.be/TfHDdg-7HO4
Tiada ulasan:
Catat Ulasan