MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN SHOWCASE EDUP3053/3053i TEKNOLOGI UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN UNIT V SEMESTER 3, AMBILAN JUN 2020

 

13 September 2021 (Isnin), Majlis perasmian penutupan showcase kursus EDUP3053/3053i telah disempurnakan oleh Tuan Timbalan Pengarah IPG Kampus Ipoh En. Mohd Khadri bin Fazil Rahman. Semua pelajar Unit V ambilan jun 2020 telah terlibat dalam pembentangan hasil kerja kursus mereka secara sesi selari bermula 6-10 september 2021. Pelaksanaan Showcase secara dalam talian ini dapat memberi peluang kepada pelajar  untuk mendalami penggunaan teknologi dalam pedagogi masa kini. Seterusnya perlaksanaan showcase ini juga bertujuan untuk mendedahkan hasil kerja siswa guru dalam menghasilkan bahan bantu mengajar yang selari dengan tuntutan pendidikan abad ke – 21. Justeru itu showcase ini dapat menjadi satu platform bagi meningkatkan lagi martabat pendidikan seterusnya dapat memupuk minat para siswa guru untuk sentiasa memperkembangkan idea dan kaedah pengajaran yang terbaik.  Melalui showcase ini juga, diharapkan agar kreativiti siswa guru dapat dikembangkan demi melahirkan guru yang kompeten dan berdaya saing  serta dapat membina Model Guru Kalis Masa Depan. Tahniah diucapkan kepada semua pensyarah JTPM, jawatankuasa pelaksana dan pelajar Unit V ambilan jun 2020 kerana telah berjaya di dalam showcase ini.







Kongsi:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Daftar

https://www.blogger.com/u/0/blog/layout/4748373973034833137?pli=1