Kursus Penggunaan Aplikasi Dalam
Penghasilan Bahan Grafik Dan Multimedia untuk Staf Sokongan IPGKI anjuran
Jabatan Teknologi Pendidikan dan Multimedia, telah berlangsung selama dua hari
iaitu pada 18 dan 20 Oktober 2021 secara dalam talian. Seramai 23 orang staf
sokongan yang terpilih melalui keperluan kompetensi telah mengikuti kursus ini
dengan jayanya. Penghargaan kepada 5 orang fasilitator dari Jabatan Teknologi
Pendidikan dan Multimedia iaitu Dr Norlia bt Mat Esa (Ketua Fasi), Dr Abdul
Hadi b. Mat Dawi, En Lee Siong Theam, En Ridza Ahmad Nizam b. Abd Raof dan En
Abu Kassim b. Ali Musa. Turut membantu ialah Unit Pembangunan Latihan dan Pn
Rosmalina bt Abu Seman selaku urusetia. Kursus ini menyokong Pelan Strategik
IPG Kampus Ipoh bagi Tema Strategik 3 iaitu Memperkasakan Kualiti Pensyarah,
Pelajar dan Staf. Sesungguhnya kursus ini mencapai objektif iaitu meningkatkan
pengetahuan dan kemahiran staf sokongan dalam penghasilan bahan grafik dan
multimedia khususnya video promosi jabatan/unit yang bermaklumat. Sehubungan
itu, satu pertandingan reka cipta video promosi jabatan/unit telah diadakan dan
berikut adalah keputusan pemenang terbaik serta pautan URL videonya.
1. Muhammad Muhibbudin Amin bin Darus Amin https://youtu.be/VMKHOJNye4Q
2. Norbiha bt Jahya https://youtu.be/rj7Ja77nhfo
3. Muhd Khairul Asraf bin Abd Jalil
https://youtu.be/tps-FyHan7s
Tiada ulasan:
Catat Ulasan