• ;

25 Januari 2022  . Mesyuarat Pentaksiran Berterusan bagi kursus GAPD1032 dan EDUP2112 telah dijalankan dengan jayanya dibilik Sumber JTPM . Mesyuarat ini diadakan bagi membincangkan pembinaan soalan tugasan Pentaksiran Berterusan, JST dan JSU kursus yang berkaitan. Terima kasih kepada semua penyelaras kursus dan pensyarah yang dapat hadir dalam mesyuarat ini





Kongsi:

Setinggi Tahniah Di Atas Pengiktirafan Sebagai ICG International (International Coaching Group)

 


Seluruh ahli Jabatan Teknologi Pendidikan dan Multimedia mengucapkan setinggi tahniah kepada  Dr Abdul Hadi Mat Dawi  pensyarah gred khas C, kerana mendapat pengiktirafan sebagai ICG International (International Coaching Group) pada 11 Januari 2022 . Semoga dengan 
pengiktirafan tersebut akan dapat menyumbangkan ke arah cemerlang IPGK Ipoh dan IPGM.

Kongsi:

Aktiviti Abseiling Bersama Unit Kokurikulum IPG Kampus Ipoh

 

19 Januari 2022. Aktiviti Abseling  anjuran  Unit Kokurikulum IPG Kampus Ipoh telah berlangsung dengan jayanya. Tahniah diucapkan kepada dua orang pensyarah JTPM En.Wan Mazlan bin Wan Mohd Rashdi dan Tn. Hj. Zain Hazmi bin Zain Baharin yang terlibat dalam aktiviti yang mencabar ini. Tahniah diucapkan.




Kongsi:

Aktiviti Penanaman Anak Pokok Cili Burung (AWANA CILI JTPM) Dan Gotong Royong EKSA Bil 1/2022 Zon Dalbergia

 


10 Januari 2022. Aktiviti penanaman Anak Pokok Cili Burung dan gotong royong EKSA Bil 1/2022 Zon Dalbergia IPG Kampus Ipoh telah dijalankan dengan jayanya. Jutaan terima kasih kepada semua warga JTPM dan penyelaras bilik khas di Zon Dalbergia yang telah memberi kerjasama sepanjang proses gotong royong



Kongsi:

AUDIT EKSA BIL. 1/2021 ZON DALBERGIA IPG KAMPUS IPOH

 




24 November 2021. Perlaksanaan audit EKSA Bil 1/2021 Zon Dalbergia IPG Kampus Ipoh telah dijalankan dengan jayanya. Jutaan terima kasih kepada semua warga JTPM dan penyelaras bilik khas di Zon Dalbergia yang telah memberi kerjasama sepanjang proses audit ini berlangsung. Terima kasih juga kepada auditor yang terlibat iaitu En Shaddin bin Sabri dan En Azizam bin Jaya kerana membantu Zon Dalbergia di dalam proses pengauditan.





Kongsi:

Bengkel Pemprograman Visual untuk Revolusi Industri IR 4.0

 Pada 26 dan 27 Oktober 2021 telah berlangsung Bengkel Pemprograman Visual untuk Revolusi Industri IR 4.0 untuk staf sokongan dan pensyarah JTPM. Kursus ini telah dihadiri oleh 10 orang staf sokongan dan 11 orang warga JTPM mengikut SOP yang telah ditetapkan di Bilik Bestari. Kursus ini menyokong Pelan Strategik IPG Kampus Ipoh bagi Tema Strategik 1 iaitu Kurikulum Berorientasikan Masa Depan dan Holistik. Para peserta bukan sahaja dapat mempraktikkan kemahiran asas robotik menggunakan perisian pemprograman visual yang mudah tetapi juga menggalakkan para peserta untuk menyertai program yang merangsang pemikiran kreatif dan melahirkan warga IPG yang berinovasi. Berkat usaha dua penceramah jemputan iaitu En. Wilson Ling dan En. Kenneth Kang dari Intelek EDU Solution berjaya membimbing para peserta menghasilkan coding dan membina robot dengan Rero:Micro dan Lego Mindstorm. Saksikan sketsa video sepanjang bengkel   https://youtu.be/TfHDdg-7HO4







Kongsi:

Kursus Penggunaan Aplikasi Dalam Penghasilan Bahan Grafik Dan Multimedia

 


Kursus Penggunaan Aplikasi Dalam Penghasilan Bahan Grafik Dan Multimedia untuk Staf Sokongan IPGKI anjuran Jabatan Teknologi Pendidikan dan Multimedia, telah berlangsung selama dua hari iaitu pada 18 dan 20 Oktober 2021 secara dalam talian. Seramai 23 orang staf sokongan yang terpilih melalui keperluan kompetensi telah mengikuti kursus ini dengan jayanya. Penghargaan kepada 5 orang fasilitator dari Jabatan Teknologi Pendidikan dan Multimedia iaitu Dr Norlia bt Mat Esa (Ketua Fasi), Dr Abdul Hadi b. Mat Dawi, En Lee Siong Theam, En Ridza Ahmad Nizam b. Abd Raof dan En Abu Kassim b. Ali Musa. Turut membantu ialah Unit Pembangunan Latihan dan Pn Rosmalina bt Abu Seman selaku urusetia. Kursus ini menyokong Pelan Strategik IPG Kampus Ipoh bagi Tema Strategik 3 iaitu Memperkasakan Kualiti Pensyarah, Pelajar dan Staf. Sesungguhnya kursus ini mencapai objektif iaitu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran staf sokongan dalam penghasilan bahan grafik dan multimedia khususnya video promosi jabatan/unit yang bermaklumat. Sehubungan itu, satu pertandingan reka cipta video promosi jabatan/unit telah diadakan dan berikut adalah keputusan pemenang terbaik serta pautan URL videonya.

1. Muhammad Muhibbudin Amin bin Darus Amin  https://youtu.be/VMKHOJNye4Q

2. Norbiha bt Jahya    https://youtu.be/rj7Ja77nhfo

3. Muhd Khairul Asraf bin Abd Jalil       https://youtu.be/tps-FyHan7s







Kongsi:

Maklumat Pembelajaran

Berita Terkini

Daftar

https://www.blogger.com/u/0/blog/layout/4748373973034833137?pli=1