13 September 2021 (Isnin), Majlis
perasmian penutupan showcase kursus EDUP3053/3053i telah disempurnakan oleh
Tuan Timbalan Pengarah IPG Kampus Ipoh En. Mohd Khadri bin Fazil Rahman. Semua
pelajar Unit V ambilan jun 2020 telah terlibat dalam pembentangan hasil kerja
kursus mereka secara sesi selari bermula 6-10 september 2021. Pelaksanaan Showcase
secara dalam talian ini dapat memberi peluang kepada pelajar untuk mendalami penggunaan teknologi dalam pedagogi
masa kini. Seterusnya perlaksanaan showcase ini juga bertujuan untuk
mendedahkan hasil kerja siswa guru dalam menghasilkan bahan bantu mengajar yang
selari dengan tuntutan pendidikan abad ke – 21. Justeru itu showcase ini dapat
menjadi satu platform bagi meningkatkan lagi martabat pendidikan seterusnya
dapat memupuk minat para siswa guru untuk sentiasa memperkembangkan idea dan
kaedah pengajaran yang terbaik. Melalui showcase
ini juga, diharapkan agar kreativiti siswa guru dapat dikembangkan demi melahirkan
guru yang kompeten dan berdaya saing serta
dapat membina Model Guru Kalis Masa Depan. Tahniah diucapkan kepada semua pensyarah
JTPM, jawatankuasa pelaksana dan pelajar Unit V ambilan jun 2020 kerana telah
berjaya di dalam showcase ini.