• ;

17.03.2025 - Majlis Iftar Jabatan Pengajian Siswazah IPG Kampus Ipoh

17 Mac 2025 - Majlis Iftar Jabatan Pengajian Siswazah IPG Kampus Ipoh telah selesai dilaksanakan dengan jayanya di Miker Signature @ Miker Avenue Bazaar Ipoh (Silveritage) Jalan Sultan Nazrin Shah, Medan Gopeng, Ipoh, Perak.  

Majlis iftar ini bertambah istimewa kerana turut dihadiri oleh ahli keluarga masing-masing yang dapat beramah mesra dan merapatkan hubungan silaturahim.










Kongsi:

13.03.2025 - Majlis Iftar Pusat Islam Al Hidayah IPG Kampus Ipoh


13 Mac 2025 - Majlis Iftar Pusat Islam Al Hidayah IPG Kampus Ipoh telah selesai dilaksanakan dengan jayanya hasil kerjasama Jabatan Pengajian Siswazah, Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan dan Unit Kokurikulum.  Pelajar Muslim yang terlibat  adalah daripada Unit A1, A2, A3, A4, A5, A7 dan A8 yang berjumlah 106 orang.

Majlis iftar ini bertambah istimewa kerana turut dihadiri oleh YBhg. Dato' Hj. Mohd. Zamri, Timbalan Rektor Kanan, IPGM yang juga merupakan seorang Alumni IPG Kampus Ipoh.  Pada sebelah petang beliau telah hadir untuk majlis Jaulah Madani Ramadhan bersama YB Wong Kah Woh, Timbalan Menteri Pendidikan.









Kongsi:

07.03.2025 - Showcase Maya 2.0 KPPB

07 Mac 2025 - Tahniah diucapkan kepada Dr. Hamdiah binti Jailani, Ketua Jabatan, Jabatan Pengajian Siswazah, IPGK Ipoh, Dr. Siti Rosni binti Mohamad Yusoff, Ketua Unit Penyeliaan dan Jaminan Kualiti, Jabatan Pengajian Siswazah, IPGK Ipoh dan Dr. Shyielathy a/p Arumugam, Ketua Unit Penyelidikan, Penerbitan dan Hubungan Luar, Jabatan Pengajian Siswazah, IPGK Ipoh kerana telah memberikan sumbangan dalam pelaksanaan Showcase Maya 2.0, Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (KPPB) Semester Jun - Julai 2024, IPGK Ipoh.




Kongsi:

03 - 05.03.2025 - Kursus Penataran Maklumat Kursus PISP

03 - 05 Februari 2025 - Kursus Penataran Maklumat Kursus (MK) Program Ijazah Sarjana Perguruan (Pedagogi) Semester II  Sesi Januari - Mei 2025 bertempat di Bilik Siswazah Perdana IPG Kampus Ipoh selama tiga hari oleh Pusat Perkembangan Akademik, IPGM dengan kerjasama Jabatan Pengajian Siswazah, IPG Kampus Ipoh.  Kursus Penataran ini merangkumi Relevansi Aspirasi PISP, Penataran MK Teras dan Elektif, Penataran MK Projek Penyelidikan, Pentaksiran OBA PISP, Teacher Belief, Assessment by Design  dan Isu Pentaksiran dan Penyeliaan.

Tahniah diucapkan kepada semua peserta kursus yang dapat hadir mengikuti kursus penataran ini dengan jayanya selamat tiga hari.














Kongsi:

28.02.2025 - Penyelidikan Kualitatif: Analisa Tematik

 

28 Februari 2025 - Bengkel Penyelidikan Kualitatif: Analisa Tematik untuk pelajar program Sarjana Perguruan Pedagogi IPG Kampus Ipoh telah dijalankan dengan jayanya.  Siri 05/25 Bimbingan Pengajian Siswazah ini telah di sampaikan oleh Dr. Mohd Hafiz bin Mohamad Tarmizi, Pensyarah Akademik Jabatan Pengajian Melayu. 

Tahniah diucapkan kepada semua pelajar program Sarjana Penguruan Pedagogi yang dapat hadir mengikuti bengkel dengan jayanya melalui pelantar Google Meet.
Kongsi:

28.02.2025 - Bengkel AI in Research Writing

28 Februari 2025 - Bengkel AI in Research Writing untuk pelajar program Sarjana Perguruan Pedagogi IPG Kampus Ipoh telah dijalankan dengan jayanya.  Siri 04/25 Bimbingan Pengajian Siswazah ini merangkumi kemahiran Ethical Consideration dan Structuring Research Paper With ChatGPT  telah di sampaikan oleh Dr. Shyielathy a/p Arumugam, Ketua Unit Penyelidikan, Penerbitan dan Hubungan Luar, Jabatan Pengajian Siswazah dan Pn. Sarini binti Sulaiman, Pensyarah Akademik Jabatan Ilmu Pendidikan. 

Tahniah diucapkan kepada semua pelajar program Sarjana Penguruan Pedagogi yang dapat hadir mengikuti bengkel dengan jayanya melalui pelantar Google Meet.












Kongsi:

07.02.2025 - Bengkel Penulisan Kertas Cadangan Penyelidikan


07 Februari 2025 - Bengkel Penulisan Kertas Cadangan Penyelidikan untuk pelajar program Sarjana Perguruan Pedagogi IPG Kampus Ipoh telah dijalankan dengan jayanya.  Siri 03/25 Bimbingan Pengajian Siswazah ini merangkumi Pembinaan Templater Proposal dan Penulisan Proposal telah di sampaikan oleh Dr. Shyielathy a/p Arumugam, Ketua Unit Penyelidikan, Penerbitan dan Hubungan Luar Jabatan Pengajian Siswazah dan Dr. Norhafilah binti Abdullah, Penolong Ketua Jabatan, Jabatan Pengajian Siswazah. 

Tahniah diucapkan kepada semua pelajar program Sarjana Penguruan Pedagogi yang dapat hadir mengikuti bengkel dengan jayanya di Mini Teater, IPGKI.










Kongsi:

Maklumat Pembelajaran

Berita Terkini

Daftar

https://www.blogger.com/u/0/blog/layout/4748373973034833137?pli=1