13 Mac 2025 - Majlis Iftar Pusat Islam Al Hidayah IPG Kampus Ipoh telah selesai dilaksanakan dengan jayanya hasil kerjasama Jabatan Pengajian Siswazah, Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan dan Unit Kokurikulum. Pelajar Muslim yang terlibat adalah daripada Unit A1, A2, A3, A4, A5, A7 dan A8 yang berjumlah 106 orang.
Majlis iftar ini bertambah istimewa kerana turut dihadiri oleh YBhg. Dato' Hj. Mohd. Zamri, Timbalan Rektor Kanan, IPGM yang juga merupakan seorang Alumni IPG Kampus Ipoh. Pada sebelah petang beliau telah hadir untuk majlis Jaulah Madani Ramadhan bersama YB Wong Kah Woh, Timbalan Menteri Pendidikan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan