20-22 Julai 2022: Kursus Pemindahan Pengetahuan dalam Penghasilan Videografi Secara Sistematik
Kursus Pemindahan Pengetahuan dalam Penghasilan Videografi Secara Sistematik anjuran Jabatan Teknologi Pendidikan dan Multimedia telah berlangsung pada 20-22 Julai 2022. Kursus ini bertujuan untuk memperkasa kemahiran pensyarah dalam penghasilan videografi yang boleh digunakan dalam pelbagai medium dan tujuan seiring dengan keperluan dan kehendak EDU5.0. Kursus ini juga bertujuan meningkatkan kemahiran videografi untuk menambahbaik proses dan kemudahan pembangunan videografi di Bilik Simulasi Multimedia, Studio Video ataupun Rakaman Peribadi untuk tujuan Pengajaran dan Pembelajaran dan Pembangunan Kursus atas talian.
Majlis perasmian dan pembukaan telah disempurnakan oleh En. Mohd Khadri Bin Fazil Rahman, Timbalan Pengarah IPG Kampus Ipoh. Dalam ucapan Tuan Timbalan Pengarah menggesa para peserta untuk menambah pengetahuan dan kemahiran bagi menghasilkan pengeluaran yg dapat membawa perubahan, kemajuan dan sumbangan kepada jabatan dan organisasi. Seramai 12 orang peserta kursus terdiri daripada pensyarah JTPM, JKA, JPPI, Jabatan Bahasa dan JAPIM telah mengikuti kursus ini dengan jayanya di bawah bimbingan dua orang penceramah yang berpengalaman iaitu En. Mohd Zaki Bin Jamaluddin dari JTPM dan En. Hasri Bin Abu dari UPL.14-16 Jun 2022 – Bengkel Pemurnian Modul Latihan Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB) IPG Kampus Ipoh
14-16 Jun 2022 – Bengkel Pemurnian Modul Latihan Pembangunan
Profesionalisme Berterusan (PPB) IPG Kampus Ipoh telah dijalankan dengan
jayanya di Pejabat Pendidikan Daerah Cameron Highland Tanah Rata, Pahang.
Tahniah kepada peserta bengkel dari kalangan pensyarah Jabatan Teknologi
Pendidikan Dan Multimedia ,Jabatan Ilmu Pendidikan, Jabatan Kecemerlangan
Akademik , Jabatan Perancangan Penyelidikan dan Inovasi serta Unit Pembangunan
Latihan IPG Kampus Ipoh yang telah menghadiri bengkel ini.
13 - 15 Jun 2022 - Bengkel Penulisan Dan Penerbitan Artikel Akademik Dan Kreatif
13 - 15 Jun 2022 - Seluruh warga JTPM dan IPGK Ipoh ingin mengucapkan Jutaan Tahniah kepada En Wan Mazlan b Wan Mohd Rashdi kerana terlibat di dalam Bengkel Penulisan Dan Penerbitan Artikel Akademik Dan Kreatif bersama Profesor Abd Karim bin Alias di bawah inisiatif #111: Pemantapan Profesionalisme Perkhidmatan Pendidikan. Bengkel Kerja ini telah dijalankan di Hotel Langkasuka, Langkawi Kedah.
7 Jun 2022 - Bengkel Pembangunan Modul Latihan (PPB) secara mod MOOC IPGM Bilangan 2 bagi Tahun 2022
7 Jun 2022 - Bengkel Pembangunan Modul Latihan (PPB) secara mod MOOC IPGM bilangan 2, telah dijalankan di Bilik Makmal Bestari . Pembinaan modul ini melibatkan pensyarah dari jabatan JTPM, JKA dan JPPI IPG Kampus Ipoh. Sekalung penghargaan kepada semua pembina Modul Latihan Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB). Segala sumbangan yang diberikan didahului dengan ucapan terima kasih.
1 Jun 2022 - Bengkel Pembangunan Modul Latihan (PPB) secara mod MOOC IPGM Bilangan 1 bagi Tahun 2022
1 Jun 2022 - Bengkel Pembangunan Modul Latihan (PPB) secara mod MOOC IPGM bilangan 1, telah dijalankan di Bilik Makmal Bestari . Pembinaan modul ini melibatkan pensyarah dari jabatan JTPM, JKA dan JPPI IPG Kampus Ipoh. Sekalung penghargaan kepada semua pembina Modul Latihan Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB). Segala sumbangan yang diberikan didahului dengan ucapan terima kasih.


















