Kursus Pemindahan Pengetahuan dalam Penghasilan Videografi Secara Sistematik anjuran Jabatan Teknologi Pendidikan dan Multimedia telah berlangsung pada 20-22 Julai 2022. Kursus ini bertujuan untuk memperkasa kemahiran pensyarah dalam penghasilan videografi yang boleh digunakan dalam pelbagai medium dan tujuan seiring dengan keperluan dan kehendak EDU5.0. Kursus ini juga bertujuan meningkatkan kemahiran videografi untuk menambahbaik proses dan kemudahan pembangunan videografi di Bilik Simulasi Multimedia, Studio Video ataupun Rakaman Peribadi untuk tujuan Pengajaran dan Pembelajaran dan Pembangunan Kursus atas talian.
Majlis perasmian dan pembukaan telah disempurnakan oleh En. Mohd Khadri Bin Fazil Rahman, Timbalan Pengarah IPG Kampus Ipoh. Dalam ucapan Tuan Timbalan Pengarah menggesa para peserta untuk menambah pengetahuan dan kemahiran bagi menghasilkan pengeluaran yg dapat membawa perubahan, kemajuan dan sumbangan kepada jabatan dan organisasi. Seramai 12 orang peserta kursus terdiri daripada pensyarah JTPM, JKA, JPPI, Jabatan Bahasa dan JAPIM telah mengikuti kursus ini dengan jayanya di bawah bimbingan dua orang penceramah yang berpengalaman iaitu En. Mohd Zaki Bin Jamaluddin dari JTPM dan En. Hasri Bin Abu dari UPL.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan