• ;

WEBINAR CYBER SECURITY

 

9 September 2021. Webinar dan Bengkel Bersama Ke Arah Keselamatan Siber Untuk Organisasi dan Diri telah berlangsung pada 9 September 2021 dengan sesi webinar pada sebelah pagi dan bengkel pada sebelah petang. Kursus telah dirasmikan oleh En. Mohd Khadri Bin Fazil Rahman, Timbalan Pengarah IPGKI. Seramai 43 orang staf sokongan terpilih untuk menyertai kursus ini. Objektif kursus untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan oleh staf sokongan dan warga IPG tentang ancaman-ancaman dan amalan-amalan terbaik untuk kekal selamat semasa menggunakan teknologi. Kursus ini menyokong Tema 5 Pelan Strategik IPGKI 2021-2025 iaitu Perkongsian Pintar. Penceramah kursus En. Jazannul Azriq Bin Aripin, Eksekutif Kanan dari Outreach dan Komunikasi Korporat, CyberSAFE telah berkongsi banyak info dan amalan terbaik dalam menangani pelbagai ancaman siber pada hari ini. Majlis penutupan disempurnakan oleh En. Ridza Ahmad Nizam b. Abd Raof, Penolong Ketua Jabatan, Jabatan Teknologi Pendidikan dan Multimedia. Pertandingan kuiz telah dimenangi oleh Pn. Salina bt Mokhtaram, Pn. Rohayah bt. Zaidan dan Pn. Saniyah bt. Salleh @ Man. Slogan terbaik dimenangi oleh Pn. Sabariah bt. Khairuddin dengan slogan “Cakna Siber Cakna Teknologi Anda Selamat”. Saksikan semula rakaman video webinar di Youtube   https://www.youtube.com/watch?v=6trdnmcPrcQ






Kongsi:

MESYUARAT JABATAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN MULTIMEDIA BIL 4/2021

8 Jun 2021 (Selasa) - Mesyuarat siri 4/2021 JTPM telah diadakan pada 8.6.2021 . Mesyuarat telah dipengerusikan oleh ketua jabatan JTPM. Pelbagai perkongsian telah disampaikan oleh ketua jabatan JTPM  dan pembentangan laporan oleh penyelaras-penyelaras jabatan. Terima kasih kepada semua pensyarah dan staf JTPM yang dapat hadir di dalam mesyuarat ini


Kongsi:

Kenaikan Pangkat Sebagai Pensyarah Kanan Gred DG54

30 April 2021 - Seluruh warga IPG Kampus Ipoh dan JTPM khasnya mengucapkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada En. Ridza Ahmad Nizam b. Abd Raof Penolong Ketua Jabatan  Teknologi Pendidikan Dan Multimedia di atas penerimaan surat kenaikan pangkat sebagai Pensyarah Kanan Gred DG54.Tahniah Tuan.


Kongsi:

Majlis Penutupan Pemeriksa Luar Program PDPP Sains Komputer dan Rangkaian IPG Kampus Ipoh

 


22 April 2021 - Majlis penutupan pemeriksa luar program PDPP Sains Komputer dan Rangkaian IPG Kampus Ipoh  telah dijalankan dengan jayanya di bilik Mesyuarat Dahlia IPG Kampus Ipoh. Majlis ini dipengerusikan oleh En Mohd Khadri Bin Fazil Rahman Timbalah Pengarah IPG Kampus Ipoh. Turut hadir dalam majlis ini ialah pemeriksa luar Prof Madya Dr Noraffandy bin Yahya (UTM)  pemeriksa dalam  En Janom Bin Saadun (IPGKPT), Ketua Jabatan JTPM dan semua wakil IPG Kampus Ipoh yang terlibat.. Tahniah kepada semua
Kongsi:

Majlis Pembukaan Pemeriksaan Oleh Pemeriksa Luar Dalam Talian (EEVE) Program PDPP Sains Komputer Dan Rangkaian

 

20 April 2021 - Taklimat pemeriksaan oleh pemeriksa luar dalam talian (EEVE)  ke atas  Program Diploma Pasca siswazah Pendidikan Sains Komputer Sekolah Menengah (SKR) telah dijalankan di bilik Mesyuarat Dahlia IPG Kampus Ipoh. Mesyuart ini berlansung selama 3 hari bermula pada 20 - 22 April 2021. Pemeriksa luar diwakili oleh Prof Madya Dr Noraffandy bin Yahya (UTM) manakala pemeriksa dalam diwakili oleh En Janom Bin Saadun (IPGKPT). Diharapkan tentatif pemeriksaan ini berjalan dengan lancar serta jutaan tahniah kepada Tn Hj Zain Hazmi Bin Zain Baharin KJ JTPM dan semua JK yang terlibat di dalam program ini

Kongsi:

Mesyuarat Pasukan Pembina Modul Komuniti Digital Learning (IPGM/UNICEF)



 


12 April 2021 - Mesyuarat Pasukan Pembina Modul Komuniti Digital Learning (IPGM/UNICEF) - Modul Praktikum telah dijalankan dengan jayanya di JTPM. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Dr Abdul Hadi bin Mat Dawi pensyarah cemerlang Gred Khas C  JTPM .Diharapkan mesyuarat ini dapat melicinkan lagi proses pembinaan Modul Komuniti Digital Learning (IPGM/UNICEF).

Kongsi:

Mesyuarat Pasukan Studio Digital IPG Kampus Ipoh.

 


12 April 2021 - Mesyuarat merancang dan membangunkan studio digital IPG Kampus Ipoh telah dijalankan di bilik sumber JTPM. Diharapakan usaha membangunkan studio digital ini menjadi kenyataan dan dapat memberi manfaat kepada seluruh warga IPG Kampus Ipoh.

Kongsi:

Maklumat Pembelajaran

Berita Terkini

Daftar

https://www.blogger.com/u/0/blog/layout/4748373973034833137?pli=1