Program ini telah diadakan di Perak Society for the Promotion of Mental Health, Ulu Kinta, Perak turut dihadiri oleh Dr. Norhafilah binti Abdullah, Penolong Ketua Jabatan, Jabatan Pengajian Siswazah, Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh, Perak.
22.03.2025 - Seminar Stress - Free Zone : Pengurusan Stres Di Tempat Kerja
17.03.2025 - Majlis Iftar Jabatan Pengajian Siswazah IPG Kampus Ipoh
17 Mac 2025 - Majlis Iftar Jabatan Pengajian Siswazah IPG Kampus Ipoh telah selesai dilaksanakan dengan jayanya di Miker Signature @ Miker Avenue Bazaar Ipoh (Silveritage) Jalan Sultan Nazrin Shah, Medan Gopeng, Ipoh, Perak.
Majlis iftar ini bertambah istimewa kerana turut dihadiri oleh ahli keluarga masing-masing yang dapat beramah mesra dan merapatkan hubungan silaturahim.
13.03.2025 - Majlis Iftar Pusat Islam Al Hidayah IPG Kampus Ipoh
13 Mac 2025 - Majlis Iftar Pusat Islam Al Hidayah IPG Kampus Ipoh telah selesai dilaksanakan dengan jayanya hasil kerjasama Jabatan Pengajian Siswazah, Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan dan Unit Kokurikulum. Pelajar Muslim yang terlibat adalah daripada Unit A1, A2, A3, A4, A5, A7 dan A8 yang berjumlah 106 orang.
Majlis iftar ini bertambah istimewa kerana turut dihadiri oleh YBhg. Dato' Hj. Mohd. Zamri, Timbalan Rektor Kanan, IPGM yang juga merupakan seorang Alumni IPG Kampus Ipoh. Pada sebelah petang beliau telah hadir untuk majlis Jaulah Madani Ramadhan bersama YB Wong Kah Woh, Timbalan Menteri Pendidikan.
07.03.2025 - Showcase Maya 2.0 KPPB
07 Mac 2025 - Tahniah diucapkan kepada Dr. Hamdiah binti Jailani, Ketua Jabatan, Jabatan Pengajian Siswazah, IPGK Ipoh, Dr. Siti Rosni binti Mohamad Yusoff, Ketua Unit Penyeliaan dan Jaminan Kualiti, Jabatan Pengajian Siswazah, IPGK Ipoh dan Dr. Shyielathy a/p Arumugam, Ketua Unit Penyelidikan, Penerbitan dan Hubungan Luar, Jabatan Pengajian Siswazah, IPGK Ipoh kerana telah memberikan sumbangan dalam pelaksanaan Showcase Maya 2.0, Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (KPPB) Semester Jun - Julai 2024, IPGK Ipoh.
03 - 05.03.2025 - Kursus Penataran Maklumat Kursus PISP
03 - 05 Februari 2025 - Kursus Penataran Maklumat Kursus (MK) Program Ijazah Sarjana Perguruan (Pedagogi) Semester II Sesi Januari - Mei 2025 bertempat di Bilik Siswazah Perdana IPG Kampus Ipoh selama tiga hari oleh Pusat Perkembangan Akademik, IPGM dengan kerjasama Jabatan Pengajian Siswazah, IPG Kampus Ipoh. Kursus Penataran ini merangkumi Relevansi Aspirasi PISP, Penataran MK Teras dan Elektif, Penataran MK Projek Penyelidikan, Pentaksiran OBA PISP, Teacher Belief, Assessment by Design dan Isu Pentaksiran dan Penyeliaan.
Tahniah diucapkan kepada semua peserta kursus yang dapat hadir mengikuti kursus penataran ini dengan jayanya selamat tiga hari.