• ;

AUDIT DALAMAN SISTEM PENGURUSAN ORGANISASI PENDIDIKAN ISO 21001:2018 (EOMS) IPG KAMPUS IPOH

 


14-16 Februari 2023 - Audit Dalaman Sistem Pengurusan Organisasi Pendidikan ISO 21001:2018 (EOMS) IPG Kampus Ipoh telah dijalankan dengan jayanya. Tahniah kepada Ketua Jabatan, pensyarah dan staff JTPM yang telah diaudit dan memberi kerjasama sepanjang proses audit berlangsung.

Kongsi:

MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA PENGURUSAN LAMAN WEB KALI 1/2023

 

1 Februari 2023 - Mesyuarat Jawatankuasa Kerja  Pengurusan Laman Web kali 1/2023 telah diadakan di Bilik  Sakura IPG Kampus Ipoh. Seluruh warga JTPM mengucapkan jutaan tahniah kepada Encik Mohd Zaki bin Jamaluddin kerana telah dilantik sebagai Pengerusi JK Pengerusan Laman Web IPG Kampus Ipoh bagi Tahun 2023. Segala sumbang bakti tuan didahului dengan ucapan terima kasih
Kongsi:

KURSUS PENGURUSAN LAMAN WEB JOOMLA TAHUN 2023

 

13 Februari 2023 - Kursus Pengurusan Laman Web Joomla Content Management System (CMS) Tahun 2023 telah dijalankan dengan jaya bersama Unit Latihan Pembangunan Staf  IPG Kampus Ipoh di SSTP negeri Perak. Seluruh warga JTPM mengucapkan jutaan tahniah kepada barisan fasilitator  bengkel Tuan Haji Zain Hazmi bin Zain Baharin, Encik Mohad Zaki bin Jamaluddin dan En Wan Mazlan bin Wan Mohd Rashdi . Segala sumbang bakti tuan didahului dengan ucapan terima kasih.






Kongsi:

MAJLIS SEND OFF ENCIK LEE SIONG THEAM

 


8 Februari 2023 : Seluruh warga JTPM mengucapkan selamat bersara dan Majlis Send Off  kepada  En. Lee Siong Theam penolong ketua jabatan JTPM pensyarah kanan Jabatan Teknologi Pendidikan Dan Multimedia di atas persaraan beliau dari perkhidmatan awam. Semoga Encik Lee Siong Theam sihat dan berbahagia disamping keluarga tercinta.




Kongsi:

PERHIMPUNAN ORGANISASI DAN SANTUNAN BUDI ENCIK LEE SIONG THEAM

 


3 Februari 2023 : Seluruh warga JTPM mengucapkan selamat bersara kepada  En. Lee Siong Theam penolong ketua jabatan JTPM pensyarah kanan Jabatan Teknologi Pendidikan Dan Multimedia di atas persaraan beliau dari perkhidmatan awam. Semoga Encik Lee Siong Theam sihat dan berbahagia disamping keluarga tercinta.




Kongsi:

BENGKEL MEMPERKASAKAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK) HARIZON BAHARU

 

25 Januari 2023 : Seluruh warga JTPM mengucapkan Jutaan Tahniah kepada En. Abu Kassim bin Ali Musa pensyarah Jabatan Teknologi Pendidikan Dan Multimedia kerana terlibat sebagai  Penceramah di dalam Bengkel Memperkasa Kumpulan Inovatif Dan Kreatif (KIK) Harizon Baharu di Kolej Vokasional Pertanian Teluk Intan Perak. Semoga dengan bengkel  ini dapat memberi pengetahuan dan panduan baharu kepada semua warga pendidik tentang KIK Harizon Baharu.

Kongsi:

PASUKAN PETANQUE (L) IPG KAMPUS IPOH DI DALAM KEJOHANAN KAPAS TAHUN 2023

 

28 Januari 2023 - Seluruh warga JTPM mengucapkan tahniah dan penghargaan kepada  En. Abu Kassim bin Ali Musa  kerana sumbangan beliau di dalam sukan dan permaian sebagai peserta kontigen sukan KAPAS IPG Kampus Ipoh yang diadakan di IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka 28 - 30/1/2023. Tahniah kepada pasukan KAPAS IPG Kampus Ipoh selepas dinobatkan sebagai pasukan JOHAN keseluruhan kejohanan .

Kongsi:

Maklumat Pembelajaran

Berita Terkini

Daftar

https://www.blogger.com/u/0/blog/layout/4748373973034833137?pli=1