• ;

29-30 Mac 2022 - Program Latihan Pembangunan Staf 2022 Jabatan Ilmu Pendidikan IPG Kampus Ipoh

29-30 Mac 2022 - Program Latihan Pembangunan Staf 2022 Jabatan Ilmu Pendidikan IPG Kampus  telah dijalankan dengan jayanya. Program ini sebahagian dari aktiviti jabatan dalam meningkatkan kemahiran pensyarah di dalam teknologi.  Seluruh warga JTPM mengucapkan jutaan tahniah kepada En Wan Mazlan bin Wan Mohd Rashdi selaku penceramah di dalam bengkel tersebut. Segala sumbang bakti tuan didahului dengan ucapan terima kasih.




Kongsi:

30 Mac 2022 - Bengkel Konsultasi Inovasi Untuk Pensyarah & SISC+ Negeri Perak

 



30 Mac 2022 - Bengkel Konsultasi Inovasi Untuk Pensyarah & SISC+ Negeri Perak telah dijalankan dengan jaya secara dalam talian. Bengkel ini dihadiri oleh pensyarah IPG Kampus Ipoh dan guru-guru SISC+ negeri Perak di bawah anjuran JPPIK IPG Kampus Ipoh. Seluruh warga JTPM mengucapkan jutaan tahniah kepada En Abu Kassim bin Ali Musa  selaku penceramah di dalam bengkel tersebut. Segala sumbang bakti tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Kongsi:

23 Mac 2022 - Kursus Aplikasi Grafik Dan Multimedia Untuk Pembinaan Laman Web Yang Kreatif


23-24 Mac 2022: Kursus Aplikasi Grafik Dan Multimedia dalam Pembinaan Laman Web Kreatif untuk Staf Sokongan telah berlangsung dari 23-24 Mac 2022 di Makmal Bahasa. Kursus anjuran Jabatan Teknologi Pendidikan dan Multimedia telah dihadiri oleh 40 orang staf sokongan IPGK Ipoh. Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh En. Mohd Khadri bin Fazil Rahman, Timbalan Pengarah IPGK Ipoh.

Dalam ucapannya, Tuan Timbalan menggesa para peserta kursus mendalami ilmu dan menguasai kemahiran agar segala yang bakal dipelajari memberi manfaat kepada diri dan organisasi. Tambahnya, belajar menggunakan perisian tidak menunjukkan apa yang perlu kita lakukan dengannya dalam tugas kita. Tetapi, fikiran dan naluri kitalah yang akan menentukan apa dan bagaimana kita akan memanfaatkannya dalam tugas-tugas seharian kita

Pelaksanaan kursus ini memberi manfaat dalam mendorong pemikiran kreatif staf sokongan di IPGKI di samping meningkatkan kemampuan melaksanakan budaya kerja digital di kalangan staf sokongan. Selain itu, kursus ini dapat meningkatkan sumbangan dan peranan staf sokongan dalam penghasilan laman web atau berita aktiviti jabatan serta mendorong staf sokongan untuk lebih berminat dan berani untuk menerokai dunia digital dalam menyelesaikan pelbagai urusan.

Pelaksanaan kursus ini memberi manfaat dalam mendorong pemikiran kreatif staf sokongan di IPGKI di samping meningkatkan kemampuan melaksanakan budaya kerja digital di kalangan staf sokongan. Selain itu, kursus ini dapat meningkatkan sumbangan dan peranan staf sokongan dalam penghasilan laman web atau berita aktiviti jabatan serta mendorong staf sokongan untuk lebih berminat dan berani untuk menerokai dunia digital dalam menyelesaikan pelbagai urusan.











Kongsi:

18 Mac 2022 - Taklimat Penghasilan Produk Inovasi Yang Berimpak Tinggi


18 Mac 2022 - Tahniah diucapkan kepada En Abu Kassim bin Ali Musa pensyarah  JTPM yang telah berjaya menyampaikan Taklimat Penghasilan Produk Inovasi Yang Berimpak Tinggi kepada pelajar IPG Kampus Ipoh. Taklimat ini dihadiri oleh wakil dan ketua pasukan inovasi yang akan memasuki pertandingan inovasi yang dianjurkan oleh Jabatan Penyelidikan & Inovasi Profesionalisme Keguruan IPG Kampus Ipoh. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua yang terlibat.





Kongsi:

16 Mac 2022 - Mesyuarat Inovasi JTPM Bil. 3/2022


16 Mac 2022 - Ucapan tahniah diucapkan kepada semua pensyarah JTPM yang terlibat di dalam Mesyuarat Inovasi JTPM Bil. 3/2022. Dua buah pasukan Inovasi telah dibentuk di peringkat jabatan untuk menyertai pertandingan inovasi yang dianjurkan oleh Jabatan Penyelidikan & Inovasi Profesionalisme Keguruaan IPG Kampus Ipoh. Semoga pasukan Inovasi JTPM memperolehi pencapaian yang cemerlang di dalam pertandingan itu nanti





Kongsi:

11 Mac 2022 - Penggerak CDL Talk Minds-On


11 Mac 2022. Seluruh warga JTPM dan IPGK Ipoh ingin mengucapkan jutaan tahniah kepada Dr Abdul Hadi bin Mat Dawi Pensyarah Cemerlang (Gred Khas C ) kerana terlibat sebagai Penggerak CDL Talk Minds-On yang dijalankan secara atas talian. Perbincangan Connecting-Dots Learning ini dipengerusikan oleh Datuk Dr Amin Senin, Mantan KPPM. 



Kongsi:

7-9 Mac 2022 - Ahli Panel Instrumen Dimensi 2 : Standard Kualiti Pensyarah

 


7-9 Mac 2022 -  Seluruh warga JTPM dan IPGK Ipoh ingin mengucapkan jutaan tahniah kepada Dr Abdul Hadi bin Mat Dawi Pensyarah Cemerlang (Gred Khas C ) kerana terlibat sebagai Ahli Panel Instrumen Dimensi 2 : Standard Kualiti Pensyarah. Aktiviti ini dijalankan secara atas talian sebagai salah satu Bengkel Kerja Penambahbaikan Instrumen Standard Penarafan Institut Pendidikan Guru (IPG), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Bil. 1/2022.

Kongsi:

Maklumat Pembelajaran

Berita Terkini

Daftar

https://www.blogger.com/u/0/blog/layout/4748373973034833137?pli=1