5 November 2020 (Khamis) - Majlis Persaraan En Yap Thin Pensyarah Kanan Jabatan Teknologi Pendidikan Dan Multimedia IPGKI. Seorang lagi permata IPG Kampus Ipoh dari JTPM telah bersara wajib dan meninggalkan alam pekerjaan sebagai penjawat awam. Kami seluruh warga JTPM dan IPGKI Mengucapkan Selamat Bersara Kepada En Yap Thin semoga sentiasa sihat di samping keluarga tercinta.
Mesyuarat Penggubalan JSU Kursus (Bidang Sains Komputer) Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP)
13-15 Oktober 2020 (Selasa- Khamis) - Mesyuarat Penggubalan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) Kursus Bidang Sains Komputer Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) telah berjaya dijalankan di Bilik Abad Ke 21 JTPM IPG Kampus Ipoh. Jutaan tahniah dan terima kasih diucapkan kepada panel pengubal dan yang terlibat di dalam mesyuarat ini.







