• ;

19.09.2025 - Bengkel Inovasi Digital Dalam Pendidikan

      





19 September 2025 - Tahniah kepada Unit Penyelidikan, Penerbitan dan Hubungan Luar kerana telah berjaya  melaksanakan Bengkel Inovasi Digital Dalam Pendidikan untuk pelajar program Sarjana Perguruan Pedagogi dan PISMP IPG Kampus Ipoh.  Bimbingan Pengajian Siswazah ini telah di sampaikan oleh En. Muhamad Firdaus bin Mohamad, Pensyarah Akademik Jabatan Pendidikan Islam dan Moral IPG, Kampus Ipoh.
 
    Tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang dapat hadir mengikuti bengkel dengan jayanya di Dewan Seri Melati, IPG Kampus Ipoh.
































Kongsi:

12.09.2025 - Bengkel Kaedah Penyelidikan Kualitatif dan Analisa Triangulasi

   




12 September 2025 - Tahniah kepada Unit Penyelidikan, Penerbitan dan Hubungan Luar kerana telah berjaya  melaksanakan Bengkel Kaedah Penyelidikan Kualitatif dan Analisa Triangulasi untuk pelajar program Sarjana Perguruan Pedagogi IPG Kampus Ipoh.  Bimbingan Pengajian Siswazah ini telah di sampaikan oleh Dr. Chelvi Murugayya, Pensyarah Akademik Jabatan Ilmu Pendidikan. 

Tahniah diucapkan kepada semua pelajar program Sarjana Penguruan Pedagogi yang dapat hadir mengikuti bengkel dengan jayanya melalui pelantar Google Meet.







Kongsi:

11.09.2025 - Pertandingan Anugerah Inovasi Peringkat Negeri Perak Darul Ridzuan

     




11 September 2025 - Syabas dan tahniah kepada Dr. Hamdiah binti Jailani, Ketua Jabatan, Jabatan Pengajian Siswazah, IPG Kampus Ipoh dan rakan sepasukan yang telah menyertai Pertandingan Anugerah Inovasi Peringkat Negeri Perak, Anugerah Inovasi Terbuka dengan produk ARTSY WHIZ KIT yang telah berlangsung di Travelodge Hotel, Ipoh, Perak.


















Kongsi:

10.09.2025 - Bengkel Kerja Pemurnian Modul Praperkhidmatan

  






10 September 2025 - Tahniah kepada Dr. Siti Rosni binti Mohamad Yusoff, Ketua Unit Penyeliaan dan Jaminan Kualiti, Jabatan Pengajian Siswazah kerana telah menghadiri Bengkel Kerja Pemurnian Modul Praperkhidmatan KP2027 IPGM di Hotel Dorsett Grand, Subang Jaya dari 10- 12 September 2025.















Kongsi:

10.09.2025 - Bengkel Kerja Pembangunan Garis Panduan Mata Kredit

 



10 September 2025 - Tahniah kepada Dr. Shyielathy a/p Arumugam, Ketua Unit Penyelidikan, Penerbitan dan Hubungan Luar Jabatan Pengajian Siswazah kerana telah dipilih menghadiri Bengkel Kerja Pembangunan Garis Panduan Mata Kredit anjuran Bahagian Pendidikan Guru di Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh dari 10- 12 September 2025.




















Kongsi:

09.09.2025 - 11th International Conference on Science and Mathematics Education (CoSMEd)

   




9 September 2025 - Syabas dan tahniah kepada Dr. Lok Wai Foong, Penolong Ketua Unit Penyeliaan dan Jaminan Kualiti, Jabatan Pengajian Siswazah, Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh kerana telah berjaya membentangkan kertas penyelidikan yang bertajuk Perspectives of Teacher Education Institute Students on the Adoption of Mobile Learning in Science di 11th International Conference on Science and Mathematics Education (CoSMEd) anjuran SEAMEO RECSAM bertempat di SEAMEO RECSAM, Pulau Pinang pada 9 - 11 September 2025. 
















Kongsi:

04.09.2025 - Taklimat Pengurusan Sistem Bagi Program Ijazah Sarjana Perguruan IPG KPM

    


4 September 2025 - Tahniah kepada semua pensyarah Jabatan Pengajian Siswazah, Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh kerana telah berjaya mengikuti sesi Taklimat Pengurusan Sistem Bagi Program Ijazah Sarjana Perguruan Institut Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan yang telah berlangsung secara dalam talian di pelantar Google Meet. 













Kongsi:

Maklumat Pembelajaran

Berita Terkini

Daftar

https://www.blogger.com/u/0/blog/layout/4748373973034833137?pli=1