• ;

22.08.2025 - Kuliah Pertama Pelajar PISP Kohort II

    


22 Ogos 2025 - Tahniah kepada pelajar-pelajar PISP Kohort II yang telah memulakan pengajian di IPG Kampus Ipoh semoga tabah meneruskan pengajian dan mencapai kejayaan yang cemerlang.











Kongsi:

20.08.2025 - Taklimat Penawaran Kursus Elektif Bagi Program PISP 2025

 


20 Ogos 2025 - Jabatan Pengajian Siswazah Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh telah mengadakan Taklimat Penawaran Kursus Elektif kepada pelajar Program Ijazah Sarjana Perguruan (Pedagogi) Ambilan Ogos 2025 Tahun 1 oleh pensyarah-pensyarah yang menawarkan kursus elektif untuk semester ini. 

Tahniah diucapkan kepada semua pensyarah dan  pelajar Program Ijazah Sarjana Penguruan Pedagogi yang hadir mengikuti bengkel dengan jayanya melalui pelantar Google Meet.








Kongsi:

18.08.2025 - Warga Baru Jabatan Pengajian Siswazah

   



18 Ogos 2025 - Tahniah dan selamat datang kepada Dr Lok Wai Foong sebagai Pensyarah Akademik Jabatan Pengajian Siswazah, IPG Kampus Ipoh dan semoga dapat bertugas dengan cemerlang.  Warga Jabatan Pengajian Siswazah mengalu-alukan kehadiran warga baru JPS, IPG Kampus Ipoh.







Kongsi:

16.08.2025 - Program Pengurusan dan Pendaftaran Siswa PISP

  



16 Ogos 2025 - Pensyarah Jabatan Pengajian Siswazah, IPG Kampus Ipoh dan siswa guru  Program Ijazah Sarjana Perguruan (Pedagogi) Kohort 1 telah menjayakan Program Pengurusan dan Pendaftaran Pelajar Baharu bagi Program Ijazah Sarjana Perguruan (Pedagogi) Ambilan Ogos 2025 Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh di Dewan Seri Tanjung, IPG Kampus Ipoh.







Kongsi:

15.08.2025 - Persiapan Dewan Sempena Pendaftaran Siswa PISP

 


15 Ogos 2025 - Pensyarah Jabatan Pengajian Siswazah, IPG Kampus Ipoh dan siswa guru  Program Ijazah Sarjana Pendidikan (Pedagogi) Kohort 1 telah membuat persiapan bagi proses pendaftaran dan Program Haluan Siswa guru Program Ijazah Sarjana Pendidikan (Pedagogi) Kohort 2 di Dewan Seri Tanjung, IPG Kampus Ipoh.

Kongsi:

13 - 15.08.2025 - Bengkel Kerja Penggubalan JST & JSU PISP

     




13 - 15 Ogos 2025 - Tahniah kepada Dr. Hamdiah binti Jailani, Ketua Jabatan, Jabatan Pengajian Siswazah, Dr. Hjh. Norhafilah bt. Abdullah, Penolong Ketua Jabatan Pengajian Siswazah IPG Kampus Ipoh dan Dr. Punithavili a/p Mariappan, Ketua Unit Sumber Pembelajaran dan Khidmat Sokongan, Jabatan Pengajian Siswazah yang telah menghadiri Bengkel Kerja Penggubalan Jadual Spesifikasi Tugasan dan Jadual Spesifikasi Ujian bagi Kursus Semester 3 Program Ijazah Sarjana Perguruan (PISP) Tahun 2025 di Hotel Royal Kuala Lumpur, Bukit Bintang.






























Kongsi:

13.08.2025 - Bengkel Pemantapan Kualiti Outcome Based Education (OBE)

 



13 Ogos 2025 - Pensyarah-pensyarah Jabatan Pengajian Siswazah telah menghadiri Bengkel Pemantapan Kualiti Outcome Based Education (OBE) Tahun 2025 di Dewan Seri Melati, Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh yang telah dikendalikan oleh Jabatan Kecemerlangan Akademik dan penceramah En. Zulkifli bin Mat Som, IPGM.


Kongsi:

Maklumat Pembelajaran

Berita Terkini

Daftar

https://www.blogger.com/u/0/blog/layout/4748373973034833137?pli=1