07 Ogos 2025 - Mesyuarat Jabatan Pengajian Siswazah Bil. 3/2025 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Dahlia, Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh bagi membincangkan mengenai pengurusan, pentadbiran dan operasi jabatan.
07 Ogos 2025 - Mesyuarat Jabatan Pengajian Siswazah Bil. 3/2025 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Dahlia, Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh bagi membincangkan mengenai pengurusan, pentadbiran dan operasi jabatan.
30 Julai 2025 - Tahniah diucapkan kepada Dr. Shyielathy a/p Arumugam, Ketua Unit Penyelidikan, Penerbitan dan Hubungan Luar Jabatan Pengajian Siswazah yang terlibat dalam pembentangan Showcase Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (KPPB) dan Objek Pembelajaran Digital (OPD) bagi Semester II Sesi Januari-Mei 2025 dengan tema "Mendepani Pembelajaran Berfokus Masa Hadapan, KPPB Pencetus Minda Tangkas dan Berdaya Saing.
17 Julai 2025 - Tahniah diucapkan kepada Dr. Abdul Hadi Bin Mat Dawi, Pensyarah Cemerlang Gred Khas C, Ketua Unit Kurikulum, Jabatan Pengajian Siswazah, yang terlibat dalam ucaptama di National Conference On Education And New Learning Technologies 2025 bertajuk Challenges And Innovations In The 4th Industrial Revolution (4IR) Era: Strive Towards Educational Excellence.
29 Mei 2025 - Pengurusan tertinggi IPG Kampus Ipoh, Warga Jabatan Pengajian Siswazah IPGKI, pensyarah-pensyarah dan pelajar-pelajar Program Ijazah Sarjana Perguruan (Pedagogi) Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh telah berkunjung ke Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang untuk menghadiri Bengkel Perkongsian Amalan Terbaik Program Ijazah Sarjana Perguruan (Pedagogi).
Bengkel yang telah berlangsung selama satu hari itu telah memberikan suatu perkongsian pengalaman yang sangat berharga kepada warga IPG Kampus Ipoh untuk mengendalikan program Sarjana di IPG Kampus Ipoh.
28 Mei 2025 - Sesi Libat Urus Pengurusan tertinggi IPG Kampus Ipoh bersama Warga Kerja Jabatan Pengajian Siswazah IPG Kampus Ipoh telah berjalan dengan suasana yang sangat baik dan penuh kemesraan.