21 - 23 Januari 2025 – Pensyarah Jabatan Pengajian Siswazah IPGKI telah mengikuti Bengkel Kerja Penggubalan Jadual Spesifikasi Tugasan (JST) dan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) selama 3 hari di Hotel Dorsett Grand Subang. Tahniah kepada Dr. Hamdiah binti Jailani, Dr. Hjh. Norhafilah binti Abdullah, Dr. Shyielathy a/p Arumugam, Dr. Punithavili a/p Mariappan dan Dr. Abdul Hadi bin Mat Dawi kerana telah mengikuti bengkel kerja penggubalan tersebut dengan jayanya.
14.01.2025 - International Special Education Symposium - Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia, Sg Buloh.
14 Januari 2025 - Tahniah kepada Dr. Shyielathy a/p Arumugam, Ketua Unit Penyelidikan, Penerbitan dan Hubungan Luar, Jabatan Pengajian Siswazah yang telah menjadi Guest Speaker di International Special Education Symposium - Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia, Sg Buloh.
07.01.2025 - Kursus Smartboard: Pengaplikasian Pintar untuk Instruksional Efektif PISP (PLC)
07 Januari 2025 – Jabatan Pengajian Siswazah IPGKI telah mengadakan Kursus Smartboard: Pengaplikasian Pintar untuk Instruksional Efektif PISP (PLC) mulai 7 Januari 2025 hingga 17 Januari 2025. Kursus ini dilaksanakan untuk melatih para pensyarah yang mengajar program PISP menggunakan smartboard dengan cara yang betul dan berkesan. Selain daripada itu, para pensyarah juga dilatih menggunakan beberapa peralatan teknologi yang lain seperti visualiser, lcd projektor dan amplifier. Pihak JPS merakamkan jutaan tahniah kepada En Ridza Ahmad Nizam bin Abd Raof, Tuan Haji abu Kassim bin Ali Musa dan Tuan Haji Zain Hazmi bin Zain Baharin yang terlibat sebagai fasilitator dalam kursus tersebut.
12 DISEMBER 2024 - BENGKEL PEMBUGARAN ADMIN PORTAL JABATAN DAN UNIT IPGMKI
12 Disember 2024 – JK Laman Web dan Portal IPGKI telah mengadakan bengkel pembugaran admin portal jabatan dan unit. Portal ini dibangunkan untuk memenuhi keperluan pengguna dengan menyediakan pelbagai ciri interaktif dan mesra pengguna. Pembangunan portal ini adalah sebahagian daripada usaha IPGMKI untuk mendigitalisasikan perkhidmatan dan mempertingkatkan kecekapan penyampaian maklumat.Pihak JPS merakamkan jutaan tahniah kepada Tuan Haji Zain Hazmi bin Zain Baharin, Tuan Haji abu Kassim bin Ali Musa dan En Ridza Ahmad Nizam bin Abd Raof yang terlibat dalam bengkel tersebut.
11 Disember 2024 - MAJLIS PELANCARAN BUKU CERITA KANAK-KANAK " DAISY THE DOLPHINE "
BENGKEL MAGIC SCHOOL AI , CANVA AI DAN EDPUZZEL
3-5 Disember 2024 - Ketua jabatan dan warga JPS mengucakan jutaan tahniah kepada semua pensyarah JPS yang telah terlibat di dalam Bengkel Magic School AI, Canva AI dan Edpuzzel. Semoga dengan pendedahan ini dapat meningkatkan kemahiran pensyarah dalam penyampaian kuliah di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Tahniah juga kepada semua peserta yang telah memperolehi sijil pengiktirafan dalam pelbagai tahap aplikasi yang digunakan. Ucapan Syabas kepada semua yang terlibat
MESYUARAT JABATAN PENGAJIAN SISWAZAH BILANGAN 6/2024




























