• ;

07.01.2025 - Kursus Smartboard: Pengaplikasian Pintar untuk Instruksional Efektif PISP (PLC)


07 Januari 2025 – Jabatan Pengajian Siswazah IPGKI telah mengadakan Kursus Smartboard: Pengaplikasian Pintar untuk Instruksional Efektif PISP (PLC) mulai 7 Januari 2025 hingga 17 Januari 2025.  Kursus ini dilaksanakan untuk melatih para pensyarah yang mengajar program PISP menggunakan smartboard dengan cara yang betul dan berkesan.  Selain daripada itu, para pensyarah juga dilatih menggunakan beberapa peralatan teknologi yang lain seperti visualiser, lcd projektor dan amplifier.  Pihak JPS merakamkan jutaan tahniah kepada En Ridza Ahmad Nizam bin Abd Raof, Tuan Haji abu Kassim bin Ali Musa dan Tuan Haji Zain Hazmi bin Zain Baharin yang terlibat sebagai fasilitator dalam kursus tersebut.







Kongsi:

12 DISEMBER 2024 - BENGKEL PEMBUGARAN ADMIN PORTAL JABATAN DAN UNIT IPGMKI


12 Disember 2024 – JK Laman Web dan Portal IPGKI telah mengadakan bengkel pembugaran admin portal jabatan dan unit. Portal ini dibangunkan untuk memenuhi keperluan pengguna dengan menyediakan pelbagai ciri interaktif dan mesra pengguna. Pembangunan portal ini adalah sebahagian daripada usaha IPGMKI untuk mendigitalisasikan perkhidmatan dan mempertingkatkan kecekapan penyampaian maklumat.Pihak JPS merakamkan jutaan tahniah kepada Tuan Haji Zain Hazmi bin Zain Baharin, Tuan Haji abu Kassim bin Ali Musa dan En Ridza Ahmad Nizam bin Abd Raof yang terlibat dalam bengkel tersebut.







Kongsi:

11 Disember 2024 - MAJLIS PELANCARAN BUKU CERITA KANAK-KANAK " DAISY THE DOLPHINE "


11 Disember 2024- Majlis Pelancaran Buku Cerita Kanak-Kanak " Daisy The Dolphine " di SK Raja Perempuan. Buku cerita Daisy the Dolphine adalah sebahagian daripada usaha Dr Punithavili, pensyarah JPS sebagai penulis dan anaknya adik Ghayathri Ravinthran sebagai ilustrator. Projek ini juga telah dibimbing oleh Dr Shyielathy Arumugam, pensyarah JPS dan Dr Jeyakumari, pensyarah jabatan sains sosial serta Dr Faustina Roberts, pensyarah jabatan bahasa. Ucapan Syabas kepada semua yang terlibat.





 

Kongsi:

BENGKEL MAGIC SCHOOL AI , CANVA AI DAN EDPUZZEL

 


3-5 Disember 2024 - Ketua jabatan dan warga JPS mengucakan jutaan tahniah kepada semua pensyarah JPS yang telah terlibat di dalam Bengkel Magic School AI, Canva AI dan Edpuzzel. Semoga dengan pendedahan ini dapat meningkatkan kemahiran pensyarah dalam penyampaian kuliah di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Tahniah juga kepada semua peserta yang telah memperolehi sijil pengiktirafan dalam pelbagai tahap aplikasi yang digunakan. Ucapan Syabas kepada semua yang terlibat

Kongsi:

MESYUARAT JABATAN PENGAJIAN SISWAZAH BILANGAN 6/2024

 


6 Disember  2024 . Jabatan Pengajian Siswazah telah menjalankan mesyuarat jabatan bagi kali ke 6 sebelum berakhirnya sesi akademik tahun 2024 di Helmet Cafe  Hulu Kinta. Pelbagai perkara telah dibincangkan berkaitan pentadbiran, akademik, penyelidikan dan kebajikan. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh ketua jabatan JPOS Dr. Hamdiah binti Jailani.Tahniah diucapkan kepada semua pensyarah JPS yang dapat hadir di dalam mesyuarat ini.




 

Kongsi:

TAKLIMAT FASILITATOR PENYELARASAN PENILAIAN PROJEK PROGRAM IJAZAH SARJANA PERGURUAN PEDAGOGI IPGM IPOH


 28 NOVEMBER 2024 .Sesi Taklimat Fasilitator Penyelarasan Penilaian Projek Program Ijazah Sarjana Perguruan Pedagogi IPGM Ipoh telah dijalankan dengan jayanya. Sesi taklimat ini telah di sampaikan oleh ketua jabatan JPS Dr Hamdiah bt Jalani dan Dr. Shyielathy a/p Arumugam . Tahniah diucapkan kepada semua pensyarah pengajar program Sarjana Penguruan Pedagogi yang dapat hadir

 

Kongsi:

Majlis Meraikan Dr.Punithavili a/p Mariappan dan mesyuarat jabatan JPS

 


Kongsi:

Maklumat Pembelajaran

Berita Terkini

Daftar

https://www.blogger.com/u/0/blog/layout/4748373973034833137?pli=1