• ;

KURSUS PENGURUSAN LAMAN WEB JOOMLA TAHUN 2023

 

13 Februari 2023 - Kursus Pengurusan Laman Web Joomla Content Management System (CMS) Tahun 2023 telah dijalankan dengan jaya bersama Unit Latihan Pembangunan Staf  IPG Kampus Ipoh di SSTP negeri Perak. Seluruh warga JTPM mengucapkan jutaan tahniah kepada barisan fasilitator  bengkel Tuan Haji Zain Hazmi bin Zain Baharin, Encik Mohad Zaki bin Jamaluddin dan En Wan Mazlan bin Wan Mohd Rashdi . Segala sumbang bakti tuan didahului dengan ucapan terima kasih.






Kongsi:

MAJLIS SEND OFF ENCIK LEE SIONG THEAM

 


8 Februari 2023 : Seluruh warga JTPM mengucapkan selamat bersara dan Majlis Send Off  kepada  En. Lee Siong Theam penolong ketua jabatan JTPM pensyarah kanan Jabatan Teknologi Pendidikan Dan Multimedia di atas persaraan beliau dari perkhidmatan awam. Semoga Encik Lee Siong Theam sihat dan berbahagia disamping keluarga tercinta.




Kongsi:

PERHIMPUNAN ORGANISASI DAN SANTUNAN BUDI ENCIK LEE SIONG THEAM

 


3 Februari 2023 : Seluruh warga JTPM mengucapkan selamat bersara kepada  En. Lee Siong Theam penolong ketua jabatan JTPM pensyarah kanan Jabatan Teknologi Pendidikan Dan Multimedia di atas persaraan beliau dari perkhidmatan awam. Semoga Encik Lee Siong Theam sihat dan berbahagia disamping keluarga tercinta.




Kongsi:

BENGKEL MEMPERKASAKAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK) HARIZON BAHARU

 

25 Januari 2023 : Seluruh warga JTPM mengucapkan Jutaan Tahniah kepada En. Abu Kassim bin Ali Musa pensyarah Jabatan Teknologi Pendidikan Dan Multimedia kerana terlibat sebagai  Penceramah di dalam Bengkel Memperkasa Kumpulan Inovatif Dan Kreatif (KIK) Harizon Baharu di Kolej Vokasional Pertanian Teluk Intan Perak. Semoga dengan bengkel  ini dapat memberi pengetahuan dan panduan baharu kepada semua warga pendidik tentang KIK Harizon Baharu.

Kongsi:

PASUKAN PETANQUE (L) IPG KAMPUS IPOH DI DALAM KEJOHANAN KAPAS TAHUN 2023

 

28 Januari 2023 - Seluruh warga JTPM mengucapkan tahniah dan penghargaan kepada  En. Abu Kassim bin Ali Musa  kerana sumbangan beliau di dalam sukan dan permaian sebagai peserta kontigen sukan KAPAS IPG Kampus Ipoh yang diadakan di IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka 28 - 30/1/2023. Tahniah kepada pasukan KAPAS IPG Kampus Ipoh selepas dinobatkan sebagai pasukan JOHAN keseluruhan kejohanan .

Kongsi:

 

27 Januari 2023 : Seluruh warga JTPM mengucapkan Jutaan Tahniah kepada Dr. Abdul Hadi bin Mat Dawi pensyarah Cemerlang gerd Khas C Jabatan Teknologi Pendidikan Dan Multimedia kerana terlibat sebagai  Pembentang di dalam CDL Hands-On dengan tajuk pembentagan PENDEKATAN BIMBINGAN INSTRUKSIONAL UNTUK KEMENJADIAN GURU KEBOLEHPERCAYAAN TINGGI. Semoga dengan pembentagan ini dapat memberi pengetahuan bagaimana untuk semua warga pendidik memiliki pengetahuan dan kemahiran pedagogi yang tinggi merangkumi penggunaan strategi pengajaran, pembelajaran pelajar dan maklum balas yang berkesan.

Kongsi:

SURAT PENGHARGAAN PERKHIDMATAN

 


9 JANUARI  2023 : Seluruh warga JTPM mengucapkan jutaan tahniah kepada  En. Ridza Ahmad Nizam bin Abd Raof  Ketua  Jabatan Teknologi Pendidikan Dan Multimedia kerana telah menerima surat penghargaan  perkhidmatan sebagai Ketua Jabatan bagi tahun 2022. Tahniah En Ridza

Kongsi:

Maklumat Pembelajaran

Berita Terkini

Daftar

https://www.blogger.com/u/0/blog/layout/4748373973034833137?pli=1