• ;

18 Februari 2022 - Aktiviti Sanitasi Jabatan Teknologi Pendidkan Dan Multimedia

 


18 Februari 2022 - Aktiviti sanitasi Jabatan Teknologi Pendidkan Dan Multimedia telah dijalankan sebagai usaha untuk memastikan ruang kerja sentiasa dalam keadaan selamat dari wabak Covid 19. Di samping itu semua pensyarah dan staf JTPM telah mengamalkan penjarakan dan sentiasa mematuhi SOP yang telah digariskan oleh pihak KKM dan pihak KPM. Marilah kita sama-sama berdoa agar wabak Covid 19 ini diangkat oleh Allah SWT dari muka bumi ini.

Kongsi:

17 Februari 2022 - Kursus Web Master Jabatan Dan Unit Siri 1/2022 IPGKI - Jurulatih Utama En Mohd Zaki bin Jamaluddin

 





17 Februari 2022 - Syabas dan tahniah kepada En Mohd Zaki bin Jamaluddin Pensyarah Kanan JTPM kerana telah berjaya sebagai Jurulatih Utama 
Kursus Web Master Jabatan Dan Unit Siri 1/2022 IPG Kampus Ipoh. Semoga segala sumbangan dan tunjuk ajar En Mohad Zaki bin Jamaluddin dapat membantu kepada semua web master jabatan dan unit dalam mengemaskini portal di jabatan dan unit masing-masing.








Kongsi:

Majlis Jamuan Jalinan Kasih

 

25 Januari 2022  . Majlis Jamuan Jalinan Kasih telah diadakan di Restoran Simpang Tiga Greentown Ipoh. Majlis ini diadakan bagi menghargai jasa dan tabur bakti yang telah diberikan oleh ketua jabatan, penolong ketua jabatan, pensyarah dan staf JTPM yang telah berkhidmat di JTPM bagi sesi tahun yang sebelumnya kerana  telah berpindah ke jabatan yang baharu. Jutaan terima kasih diucapkan.







Kongsi:

25 Januari 2022  . Mesyuarat Pentaksiran Berterusan bagi kursus GAPD1032 dan EDUP2112 telah dijalankan dengan jayanya dibilik Sumber JTPM . Mesyuarat ini diadakan bagi membincangkan pembinaan soalan tugasan Pentaksiran Berterusan, JST dan JSU kursus yang berkaitan. Terima kasih kepada semua penyelaras kursus dan pensyarah yang dapat hadir dalam mesyuarat ini





Kongsi:

Setinggi Tahniah Di Atas Pengiktirafan Sebagai ICG International (International Coaching Group)

 


Seluruh ahli Jabatan Teknologi Pendidikan dan Multimedia mengucapkan setinggi tahniah kepada  Dr Abdul Hadi Mat Dawi  pensyarah gred khas C, kerana mendapat pengiktirafan sebagai ICG International (International Coaching Group) pada 11 Januari 2022 . Semoga dengan 
pengiktirafan tersebut akan dapat menyumbangkan ke arah cemerlang IPGK Ipoh dan IPGM.

Kongsi:

Aktiviti Abseiling Bersama Unit Kokurikulum IPG Kampus Ipoh

 

19 Januari 2022. Aktiviti Abseling  anjuran  Unit Kokurikulum IPG Kampus Ipoh telah berlangsung dengan jayanya. Tahniah diucapkan kepada dua orang pensyarah JTPM En.Wan Mazlan bin Wan Mohd Rashdi dan Tn. Hj. Zain Hazmi bin Zain Baharin yang terlibat dalam aktiviti yang mencabar ini. Tahniah diucapkan.




Kongsi:

Aktiviti Penanaman Anak Pokok Cili Burung (AWANA CILI JTPM) Dan Gotong Royong EKSA Bil 1/2022 Zon Dalbergia

 


10 Januari 2022. Aktiviti penanaman Anak Pokok Cili Burung dan gotong royong EKSA Bil 1/2022 Zon Dalbergia IPG Kampus Ipoh telah dijalankan dengan jayanya. Jutaan terima kasih kepada semua warga JTPM dan penyelaras bilik khas di Zon Dalbergia yang telah memberi kerjasama sepanjang proses gotong royong



Kongsi:

Maklumat Pembelajaran

Berita Terkini

Daftar

https://www.blogger.com/u/0/blog/layout/4748373973034833137?pli=1