• ;

29.08.2025 - Bengkel Tatacara Permohonan ERAS 2.0

  




29 Ogos 2025 - Tahniah kepada Unit Penyelidikan, Penerbitan dan Hubungan Luar kerana telah berjaya  melaksanakan Bengkel Tatacara Permohonan ERAS 2.0 untuk pelajar program Sarjana Perguruan Pedagogi IPG Kampus Ipoh.  Bimbingan Pengajian Siswazah ini telah di sampaikan oleh Dr. Lok Wai Foong, Pensyarah Akademik Jabatan Pengajian Siswazah. 

Tahniah diucapkan kepada semua pelajar program Sarjana Penguruan Pedagogi yang dapat hadir mengikuti bengkel dengan jayanya melalui pelantar Google Meet.






Kongsi:

29.08.2025 - Pertandingan Penulisan Manuskrip Contoh Pakej Buku Teks Pendidikan Moral Pendidikan Khas

 


29 Ogos 2025 - Syabas dan tahniah kepada Dr. Shyielathy a/p Arumugam, Ketua Unit Penyelidikan, Penerbitan dan Hubungan Luar Jabatan Pengajian Siswazah kerana telah menyertai Pertandingan  Penulisan Manuskrip Contoh Pakej Buku Teks Pendidikan Moral Pendidikan Khas anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka.
















Kongsi:

27.08.2025 - ANGGUN 25 - Kitar Semula Botol Terbuang

       




27 Ogos 2025 - Tahniah kepada Pn Azwati@Azwati binti Zainal Abidin, Pembantu Khidmat Am Jabatan Jabatan Pengajian Siswazah dan rakan sepasukan yang telah menyertai Pertandingan Inovasi Pendidikan Peringkat IPG Kampus Ipoh, Kategori Pengurusan dengan produk Kitar Semula Botol Terbuang.





























Kongsi:

27.08.2025 - A.R.T. Squad - Artsy Whiz Kit 2.0

      





27 Ogos 2025 - Tahniah kepada Dr. Hamdiah binti Jailani, Ketua Jabatan, Jabatan Pengajian Siswazah dan rakan sepasukan yang telah menyertai Pertandingan Inovasi Pendidikan Peringkat IPG Kampus Ipoh, Kategori PdP dengan produk Artsy Whiz Kit 2.0.



























Kongsi:

27.08.2025 - Brights Mind Crew - Pearl Read Kit

      



27 Ogos 2025 - Tahniah kepada Dr. Hjh. Norhafilah bt. Abdullah, Penolong Ketua Jabatan Pengajian Siswazah IPG Kampus Ipoh, Dr. Shyielathy a/p Arumugam, Ketua Unit Penyelidikan, Penerbitan dan Hubungan Luar Jabatan Pengajian Siswazah dan rakan sepasukan yang telah menyertai Pertandingan Inovasi Pendidikan Peringkat IPG Kampus Ipoh, Kategori PdP dengan produk Pearl Read Kit.




























Kongsi:

27.08.2025 - Kumpulan Cybernity - e-Undi

     



27 Ogos 2025 - Tahniah kepada Dr. Hamdiah binti Jailani, Ketua Jabatan, Jabatan Pengajian Siswazah dan rakan sepasukan yang telah menyertai Pertandingan Inovasi Pendidikan Peringkat IPG Kampus Ipoh, Kategori Pengurusan dengan produk e-Undi.





















Kongsi:

22.08.2025 - Kuliah Pertama Pelajar PISP Kohort II

    


22 Ogos 2025 - Tahniah kepada pelajar-pelajar PISP Kohort II yang telah memulakan pengajian di IPG Kampus Ipoh semoga tabah meneruskan pengajian dan mencapai kejayaan yang cemerlang.











Kongsi:

20.08.2025 - Taklimat Penawaran Kursus Elektif Bagi Program PISP 2025

 


20 Ogos 2025 - Jabatan Pengajian Siswazah Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh telah mengadakan Taklimat Penawaran Kursus Elektif kepada pelajar Program Ijazah Sarjana Perguruan (Pedagogi) Ambilan Ogos 2025 Tahun 1 oleh pensyarah-pensyarah yang menawarkan kursus elektif untuk semester ini. 

Tahniah diucapkan kepada semua pensyarah dan  pelajar Program Ijazah Sarjana Penguruan Pedagogi yang hadir mengikuti bengkel dengan jayanya melalui pelantar Google Meet.








Kongsi:

18.08.2025 - Warga Baru Jabatan Pengajian Siswazah

   



18 Ogos 2025 - Tahniah dan selamat datang kepada Dr Lok Wai Foong sebagai Pensyarah Akademik Jabatan Pengajian Siswazah, IPG Kampus Ipoh dan semoga dapat bertugas dengan cemerlang.  Warga Jabatan Pengajian Siswazah mengalu-alukan kehadiran warga baru JPS, IPG Kampus Ipoh.







Kongsi:

16.08.2025 - Program Pengurusan dan Pendaftaran Siswa PISP

  



16 Ogos 2025 - Pensyarah Jabatan Pengajian Siswazah, IPG Kampus Ipoh dan siswa guru  Program Ijazah Sarjana Perguruan (Pedagogi) Kohort 1 telah menjayakan Program Pengurusan dan Pendaftaran Pelajar Baharu bagi Program Ijazah Sarjana Perguruan (Pedagogi) Ambilan Ogos 2025 Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh di Dewan Seri Tanjung, IPG Kampus Ipoh.







Kongsi:

15.08.2025 - Persiapan Dewan Sempena Pendaftaran Siswa PISP

 


15 Ogos 2025 - Pensyarah Jabatan Pengajian Siswazah, IPG Kampus Ipoh dan siswa guru  Program Ijazah Sarjana Pendidikan (Pedagogi) Kohort 1 telah membuat persiapan bagi proses pendaftaran dan Program Haluan Siswa guru Program Ijazah Sarjana Pendidikan (Pedagogi) Kohort 2 di Dewan Seri Tanjung, IPG Kampus Ipoh.

Kongsi:

13 - 15.08.2025 - Bengkel Kerja Penggubalan JST & JSU PISP

     




13 - 15 Ogos 2025 - Tahniah kepada Dr. Hamdiah binti Jailani, Ketua Jabatan, Jabatan Pengajian Siswazah, Dr. Hjh. Norhafilah bt. Abdullah, Penolong Ketua Jabatan Pengajian Siswazah IPG Kampus Ipoh dan Dr. Punithavili a/p Mariappan, Ketua Unit Sumber Pembelajaran dan Khidmat Sokongan, Jabatan Pengajian Siswazah yang telah menghadiri Bengkel Kerja Penggubalan Jadual Spesifikasi Tugasan dan Jadual Spesifikasi Ujian bagi Kursus Semester 3 Program Ijazah Sarjana Perguruan (PISP) Tahun 2025 di Hotel Royal Kuala Lumpur, Bukit Bintang.






























Kongsi:

13.08.2025 - Bengkel Pemantapan Kualiti Outcome Based Education (OBE)

 



13 Ogos 2025 - Pensyarah-pensyarah Jabatan Pengajian Siswazah telah menghadiri Bengkel Pemantapan Kualiti Outcome Based Education (OBE) Tahun 2025 di Dewan Seri Melati, Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh yang telah dikendalikan oleh Jabatan Kecemerlangan Akademik dan penceramah En. Zulkifli bin Mat Som, IPGM.


Kongsi:

13.08.2025 - Kempen Kibar Jalur Gemilang




13 Ogos 2025 - Tahniah kepada Pn. Aziyati binti Zainal Abidin, Pembantu Khidmat Am, Jabatan Pengajian Siswazah kerana telah berusaha gigih untuk mengibarkan Jalur Gemilang di Jabatan Pengajian Siswazah demi menyahut seruan Kempen Kibar Jalur Gemilang sempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia.





Kongsi:

12 - 14.08.2025 - Bengkel Pengurusan Penggubalan Soalan Peperiksaan Akhir

    




12 - 14 Ogos 2025 - Tahniah diucapkan kepada Dr. Shyielathy a/p Arumugam, Ketua Unit Penyelidikan, Penerbitan dan Hubungan Luar Jabatan Pengajian Siswazah yang terlibat dalam Bengkel Pengurusan Penggubalan Soalan Peperiksaan Akhir selama dua hari yang berlangsung di SSTPN Perak.



















Kongsi:

11.08.2025 - Sesi Libat Urus Bersama Calon Jaya PISP

    



11 Ogos 2025 - Sesi Libat Urus bersama Calon Jaya bagi Program Ijazah Sarjana Perguruan (Pedagogi) Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan telah diadakan kepada calon-calon yang telah berjaya mendapat tawaran bagi persediaan untuk mendaftar pengajian di Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh dan mengikuti pengajian Semester 1 Sesi 2025 - 2026.




Kongsi:

11.08.2025 - Majlis Sejambak Budi, Seharum Kenangan

   




11 Ogos 2025 - Majlis Sejambak Budi, Seharum Kenangan telah diadakan sempena pertukaran pensyarah dan staf Jabatan Pengajian Siswazah IPG Kampus Ipoh iaitu Dr. Abdul Hadi bin Mat Dawi ke Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi; Dr Punitavili a/p Mariappan ke Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi; Tn. Hj. Abu Kassim bin Ali Musa ke Unit Praktikum dan Pn. Sakti Malar a/p Mahalingan ke Unit Khidmat Pelanggan.  Selamat berkhidmat di tempat baru dan meneruskan perkhidmatan yang cemerlang.

















Kongsi:

Maklumat Pembelajaran

Berita Terkini

Daftar

https://www.blogger.com/u/0/blog/layout/4748373973034833137?pli=1

Arkib