• ;

30.07.2025 - Showcase Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (KPPB) dan Objek Pembelajaran Digital (OPD)

 





30 Julai 2025 - Tahniah diucapkan kepada Dr. Shyielathy a/p Arumugam, Ketua Unit Penyelidikan, Penerbitan dan Hubungan Luar Jabatan Pengajian Siswazah yang terlibat dalam pembentangan Showcase Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (KPPB) dan Objek Pembelajaran Digital (OPD) bagi Semester II Sesi Januari-Mei 2025 dengan tema "Mendepani Pembelajaran Berfokus Masa Hadapan, KPPB Pencetus Minda Tangkas dan Berdaya Saing.















Kongsi:

28 - 29.7.2025 - Klinik Persediaan Permohonan Akreditasi MQA-02 PISP (Pedagogi) IPG Kampus Ipoh

 


28 Julai 2025 - Klinik Persediaan Permohonan Akreditasi MQA-02 Program Ijazah Sarjana Perguruan (Pedagogi) (PISP) Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh telah dilaksanakan selama dua hari bermula 28 - 29 Julai 2025.  Seramai 7 orang pensyarah dari Jabatan Pengjian Siswazah turut terlibat secara langsung untuk menyiapkan semua borang dan dan dokumen yang berkaitan.  Aktiviti ini telah dijalankan di Bilik Siswazah Perdana dan berlangsung dengan jayanya.








Kongsi:

25 - 26.7.2025 - Festival Permainan Antara Staf Institut Pendidikan Guru Malaysia

 






25 - 26 Julai 2025 - Tahniah kepada Dr. Hamdiah binti Jailani, Ketua Jabatan, Jabatan Pengajian Siswazah dan Dr. Punithavili a/p Mariappan, Ketua Unit Sumber Pembelajaran dan Khidmat Sokongan, Jabatan Pengajian Siswazah yang telah mewakili pasukan IPG Kampus Ipoh dalam permainan Bola Jaring dan Petanque di Festival Permainan Antara Staf Institut Pendidikan Guru Malaysia yang telah berlangsung di Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Baharu, Johor.















Kongsi:

17.07.2025 - National Conference On Education And New Learning Technologies 2025

 




17 Julai 2025 - Tahniah diucapkan kepada Dr. Abdul Hadi Bin Mat Dawi, Pensyarah Cemerlang Gred Khas C, Ketua Unit Kurikulum, Jabatan Pengajian Siswazah,  yang terlibat dalam ucaptama di National Conference On Education And New Learning Technologies 2025 bertajuk Challenges And Innovations In The 4th Industrial Revolution (4IR) Era: Strive Towards Educational Excellence.









Kongsi:

Maklumat Pembelajaran

Berita Terkini

Daftar

https://www.blogger.com/u/0/blog/layout/4748373973034833137?pli=1