• ;

25.1.2025 - Majlis Sambutan Tahun Baru Cina

 


25 Januari 2025 – Pelajar program PISP Unit BS3 Jabatan Pengajian Siswazah IPGKI telah mengadakan suatu majlis jamuan bersempena dengan sambutan Gong Xi Fa Cai.  Semua pensyarah Jabatan Pengajian Siswazah turut hadir menjamu selera dan meraikan majlis sambutan tersebut.















Kongsi:

24.01.2025 - Bengkel Pencarian Artikel dan Penulisan Rujukan dengan Mendeley


24 Januari 2025Bengkel Pencarian Artikel dan Penulisan Rujukan dengan Mendeley untuk pelajar program Sarjana Perguruan Pedagogi IPG Kampus Ipoh telah dijalankan dengan jayanya.  Siri 01/25 Bimbingan Pengajian Siswazah ini merangkumi Bimbingan Pencarian Artikel Rujukan dan Bimbingan Penulisan Rujukan dengan Mendeley telah di sampaikan oleh Dr. Shyielathy a/p Arumugam, Ketua Unit Penyelidikan, Penerbitan dan Hubungan Luar Jabatan Pengajian Siswazah dan En. Mohd Sufian bin Ismail, Pensyarah Akademik Jabatan Pengajian Melayu. 

Tahniah diucapkan kepada semua pelajar program Sarjana Penguruan Pedagogi yang dapat hadir mengikuti bengkel dengan jayanya di Mini Teater, IPGKI.



 














Kongsi:

22 - 23.01.2025 - NICE : TAIM 2025

 

22 - 23 Januari 2025 - Tahniah kepada Dr. Punithavili a/p Mariapan, Ketua Unit Sumber Pembelajaran dan Perkhidmatan Sokongan, Jabatan Pengajian Siswazah, IPGK Ipoh kerana memenangi Anugerah Gangsa di dalam National Invention-Innovation, Competition & Exhibition: Teaching Aids and Instructional Materials (NICE:TAIM 2025), anjuran Department of Curriculum & Instructional Technology, Faculty of Education, Universiti Malaya. 

Tahniah juga kepada Dr. Hamdiah binti Jailani, Ketua Jabatan, Jabatan Pengajian Siswazah, IPGK Ipoh kerana telah hadir sebagai peserta di dalam National Invention-Innovation, Competition & Exhibition: Teaching Aids and Instructional Materials (NICE:TAIM 2025), anjuran Department of Curriculum & Instructional Technology, Faculty of Education, Universiti Malaya. 

Kit Artsy Whiz ini merupakan kit yang mengandungi bahan-bahan yang diperlukan untuk penghasilan karya mengikut topik seperti yang terkandung di dalam Buku Teks Pendidikan Seni Visual Tahun 6. Kit ini dibangunkan berdasarkan DSKP KSSR Pendidikan Seni Visual Tahun 6 dan Model ADDIE. Kit ini turut menekankan kepada kepada pembelajaran berpusatkan murid yang bersesuaian dengan pembelajaran Abad ke-21.






Kongsi:

21 - 23.01.2025 - Bengkel Kerja Penggubalan JST dan JSU bagi Program PISP Tahun 2025

21 - 23 Januari 2025 – Pensyarah Jabatan Pengajian Siswazah IPGKI telah mengikuti Bengkel Kerja Penggubalan Jadual Spesifikasi Tugasan (JST) dan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) selama 3 hari di Hotel Dorsett Grand Subang.  Tahniah kepada Dr. Hamdiah binti Jailani, Dr. Hjh. Norhafilah binti Abdullah, Dr. Shyielathy a/p Arumugam, Dr. Punithavili a/p Mariappan dan Dr. Abdul Hadi bin Mat Dawi kerana telah mengikuti bengkel kerja penggubalan tersebut dengan jayanya.













Kongsi:

14.01.2025 - International Special Education Symposium - Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia, Sg Buloh.

 


14 Januari 2025 - Tahniah kepada Dr. Shyielathy a/p Arumugam, Ketua Unit Penyelidikan, Penerbitan dan Hubungan Luar, Jabatan Pengajian Siswazah yang telah menjadi Guest Speaker di International Special Education Symposium - Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia, Sg Buloh.

Beliau telah membentangkan kertas kajian yang bertajuk From Classroom to Creativity: SMART-PUBLISH Toolkit for Special Needs Entrepreneurship in Publishing Children's Picture Books.





Kongsi:

07.01.2025 - Kursus Smartboard: Pengaplikasian Pintar untuk Instruksional Efektif PISP (PLC)


07 Januari 2025 – Jabatan Pengajian Siswazah IPGKI telah mengadakan Kursus Smartboard: Pengaplikasian Pintar untuk Instruksional Efektif PISP (PLC) mulai 7 Januari 2025 hingga 17 Januari 2025.  Kursus ini dilaksanakan untuk melatih para pensyarah yang mengajar program PISP menggunakan smartboard dengan cara yang betul dan berkesan.  Selain daripada itu, para pensyarah juga dilatih menggunakan beberapa peralatan teknologi yang lain seperti visualiser, lcd projektor dan amplifier.  Pihak JPS merakamkan jutaan tahniah kepada En Ridza Ahmad Nizam bin Abd Raof, Tuan Haji abu Kassim bin Ali Musa dan Tuan Haji Zain Hazmi bin Zain Baharin yang terlibat sebagai fasilitator dalam kursus tersebut.







Kongsi:

Daftar

https://www.blogger.com/u/0/blog/layout/4748373973034833137?pli=1