• ;

29-30 Mac 2022 - Program Latihan Pembangunan Staf 2022 Jabatan Ilmu Pendidikan IPG Kampus Ipoh

29-30 Mac 2022 - Program Latihan Pembangunan Staf 2022 Jabatan Ilmu Pendidikan IPG Kampus  telah dijalankan dengan jayanya. Program ini sebahagian dari aktiviti jabatan dalam meningkatkan kemahiran pensyarah di dalam teknologi.  Seluruh warga JTPM mengucapkan jutaan tahniah kepada En Wan Mazlan bin Wan Mohd Rashdi selaku penceramah di dalam bengkel tersebut. Segala sumbang bakti tuan didahului dengan ucapan terima kasih.




Kongsi:

30 Mac 2022 - Bengkel Konsultasi Inovasi Untuk Pensyarah & SISC+ Negeri Perak

 



30 Mac 2022 - Bengkel Konsultasi Inovasi Untuk Pensyarah & SISC+ Negeri Perak telah dijalankan dengan jaya secara dalam talian. Bengkel ini dihadiri oleh pensyarah IPG Kampus Ipoh dan guru-guru SISC+ negeri Perak di bawah anjuran JPPIK IPG Kampus Ipoh. Seluruh warga JTPM mengucapkan jutaan tahniah kepada En Abu Kassim bin Ali Musa  selaku penceramah di dalam bengkel tersebut. Segala sumbang bakti tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Kongsi:

23 Mac 2022 - Kursus Aplikasi Grafik Dan Multimedia Untuk Pembinaan Laman Web Yang Kreatif


23-24 Mac 2022: Kursus Aplikasi Grafik Dan Multimedia dalam Pembinaan Laman Web Kreatif untuk Staf Sokongan telah berlangsung dari 23-24 Mac 2022 di Makmal Bahasa. Kursus anjuran Jabatan Teknologi Pendidikan dan Multimedia telah dihadiri oleh 40 orang staf sokongan IPGK Ipoh. Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh En. Mohd Khadri bin Fazil Rahman, Timbalan Pengarah IPGK Ipoh.

Dalam ucapannya, Tuan Timbalan menggesa para peserta kursus mendalami ilmu dan menguasai kemahiran agar segala yang bakal dipelajari memberi manfaat kepada diri dan organisasi. Tambahnya, belajar menggunakan perisian tidak menunjukkan apa yang perlu kita lakukan dengannya dalam tugas kita. Tetapi, fikiran dan naluri kitalah yang akan menentukan apa dan bagaimana kita akan memanfaatkannya dalam tugas-tugas seharian kita

Pelaksanaan kursus ini memberi manfaat dalam mendorong pemikiran kreatif staf sokongan di IPGKI di samping meningkatkan kemampuan melaksanakan budaya kerja digital di kalangan staf sokongan. Selain itu, kursus ini dapat meningkatkan sumbangan dan peranan staf sokongan dalam penghasilan laman web atau berita aktiviti jabatan serta mendorong staf sokongan untuk lebih berminat dan berani untuk menerokai dunia digital dalam menyelesaikan pelbagai urusan.

Pelaksanaan kursus ini memberi manfaat dalam mendorong pemikiran kreatif staf sokongan di IPGKI di samping meningkatkan kemampuan melaksanakan budaya kerja digital di kalangan staf sokongan. Selain itu, kursus ini dapat meningkatkan sumbangan dan peranan staf sokongan dalam penghasilan laman web atau berita aktiviti jabatan serta mendorong staf sokongan untuk lebih berminat dan berani untuk menerokai dunia digital dalam menyelesaikan pelbagai urusan.











Kongsi:

18 Mac 2022 - Taklimat Penghasilan Produk Inovasi Yang Berimpak Tinggi


18 Mac 2022 - Tahniah diucapkan kepada En Abu Kassim bin Ali Musa pensyarah  JTPM yang telah berjaya menyampaikan Taklimat Penghasilan Produk Inovasi Yang Berimpak Tinggi kepada pelajar IPG Kampus Ipoh. Taklimat ini dihadiri oleh wakil dan ketua pasukan inovasi yang akan memasuki pertandingan inovasi yang dianjurkan oleh Jabatan Penyelidikan & Inovasi Profesionalisme Keguruan IPG Kampus Ipoh. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua yang terlibat.





Kongsi:

16 Mac 2022 - Mesyuarat Inovasi JTPM Bil. 3/2022


16 Mac 2022 - Ucapan tahniah diucapkan kepada semua pensyarah JTPM yang terlibat di dalam Mesyuarat Inovasi JTPM Bil. 3/2022. Dua buah pasukan Inovasi telah dibentuk di peringkat jabatan untuk menyertai pertandingan inovasi yang dianjurkan oleh Jabatan Penyelidikan & Inovasi Profesionalisme Keguruaan IPG Kampus Ipoh. Semoga pasukan Inovasi JTPM memperolehi pencapaian yang cemerlang di dalam pertandingan itu nanti





Kongsi:

11 Mac 2022 - Penggerak CDL Talk Minds-On


11 Mac 2022. Seluruh warga JTPM dan IPGK Ipoh ingin mengucapkan jutaan tahniah kepada Dr Abdul Hadi bin Mat Dawi Pensyarah Cemerlang (Gred Khas C ) kerana terlibat sebagai Penggerak CDL Talk Minds-On yang dijalankan secara atas talian. Perbincangan Connecting-Dots Learning ini dipengerusikan oleh Datuk Dr Amin Senin, Mantan KPPM. 



Kongsi:

7-9 Mac 2022 - Ahli Panel Instrumen Dimensi 2 : Standard Kualiti Pensyarah

 


7-9 Mac 2022 -  Seluruh warga JTPM dan IPGK Ipoh ingin mengucapkan jutaan tahniah kepada Dr Abdul Hadi bin Mat Dawi Pensyarah Cemerlang (Gred Khas C ) kerana terlibat sebagai Ahli Panel Instrumen Dimensi 2 : Standard Kualiti Pensyarah. Aktiviti ini dijalankan secara atas talian sebagai salah satu Bengkel Kerja Penambahbaikan Instrumen Standard Penarafan Institut Pendidikan Guru (IPG), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Bil. 1/2022.

Kongsi:

2 Mac 2022 - Penceramah Sesi Motivasi Pensyarah Cemerlang bertajuk “Pensyarah Cemerlang IPG: Meneraju “Big Win” - “Go Global” Kecemerlangan Pendidikan Guru”


2 Mac 2022 - Seluruh warga JTPM dan IPGK Ipoh ingin mengucapkan jutaan tahniah kepada Dr Abdul Hadi bin Mat Dawi Pensyarah Cemerlang (Gred Khas C ) kerana terlibat sebagai Penceramah Sesi Motivasi Pensyarah Cemerlang bertajuk “Pensyarah Cemerlang IPG: Meneraju “Big Win” - “Go Global” Kecemerlangan Pendidikan Guru” di Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa, Kuala Lumpur




Kongsi:

28 Februari 2022 - Bengkel Pengurusan Google Drive dan Canva kepada Jawatankuasa Perhimpunan

 


28 Februari 2022 - Bengkel Pengurusan Google Drive dan Canva kepada Jawatankuasa Perhimpunan telah berlangsung dengan jayanya.  Seluruh warga JTPM mengucapkan jutaan tahniah kepada En. Wan Mazlan b Wan Mohd Rashdi selaku jurulatih utama di dalam bengkel tersebut. Segala sumbang bakti tuan didahului dengan ucapan terima kasih.














Kongsi:

23 Februari 2022 - Taklimat Pentaksiran Berterusan Kursus GAPD1032 Asas Kemahiran Digital Kepada Unit X


23 Februari 2022 - Taklimat Pentaksiran Berterusan Kursus GAPD1032 Asas Kemahiran Digital  telah di psampaikan oleh penyelaras kursus Dr Suriati bt Abd Aziz. Semua pelajar unit X diwajibkan hadir di dalam taklimat pentaksiran berterusan ini. Seluruh warga JTPM mengucapkan jutaan terima kasih kepada penyelaras kursus kerana telah berjaya membuat PB secara maya. Semoga dengan taklimat ini dapat membantu pelajar dalam menyiapkan PB yang telah diberikan

Kongsi:

22 Februari 2022 - Mesyuarat Perancangan Pembangunan Produk Inovasi Jabatan Teknologi Pendidikan Dan Multimedia


22 Februari 2022 - Mesyuarat Perancangan Pembangunan Produk Inovasi Jabatan Teknologi Pendidikan Dan Multimedia di jalankan dengan jayanya. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh ketua jabatan dan dihadiri oleh semua pensyarah JTPM. Pasukan inovasi JTPM  memasukki dua pertandingan Inovasi yang dianjurkan oleh IPG Kampus Ipoh secara maya,

Kongsi:

19 Februari 2022 - Mesyuarat Jabatan Teknologi Pendidikan Dan Multimedia Bil. 2/2022

 


19 Februari 2022 - Mesyuarat Jabatan Teknologi Pendidikan Dan Multimedia Bil. 2/2022 telah dijalankan dengan jayanya. Mesyuarat bil 2/2022 telah dipengerusikan oleh ketua jabatan JTPM En. Ridza Ahmad Nizam b. Abd Raof. Pelbagai perancangan dan aktiviti telah dibincangkan melibatkan makluman mesyuarat M3P, Konsultasi, Penyelidikan, Inovasi dan Penerbitan.  Syabas kepada semua pensyarah dan staf JTPM yang hadir.



Kongsi:

18 Februari 2022 - Aktiviti Sanitasi Jabatan Teknologi Pendidkan Dan Multimedia

 


18 Februari 2022 - Aktiviti sanitasi Jabatan Teknologi Pendidkan Dan Multimedia telah dijalankan sebagai usaha untuk memastikan ruang kerja sentiasa dalam keadaan selamat dari wabak Covid 19. Di samping itu semua pensyarah dan staf JTPM telah mengamalkan penjarakan dan sentiasa mematuhi SOP yang telah digariskan oleh pihak KKM dan pihak KPM. Marilah kita sama-sama berdoa agar wabak Covid 19 ini diangkat oleh Allah SWT dari muka bumi ini.

Kongsi:

17 Februari 2022 - Kursus Web Master Jabatan Dan Unit Siri 1/2022 IPGKI - Jurulatih Utama En Mohd Zaki bin Jamaluddin

 





17 Februari 2022 - Syabas dan tahniah kepada En Mohd Zaki bin Jamaluddin Pensyarah Kanan JTPM kerana telah berjaya sebagai Jurulatih Utama 
Kursus Web Master Jabatan Dan Unit Siri 1/2022 IPG Kampus Ipoh. Semoga segala sumbangan dan tunjuk ajar En Mohad Zaki bin Jamaluddin dapat membantu kepada semua web master jabatan dan unit dalam mengemaskini portal di jabatan dan unit masing-masing.








Kongsi:

Berita Terkini

Daftar

https://www.blogger.com/u/0/blog/layout/4748373973034833137?pli=1